𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐌𝐮𝐬𝐢𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫

Jagalah keselamatan anda semasa musim banjir, ikuti 9 langkah keselamatan seperti:

⭕ Elakkan dari bermain atau meredah air banjir.
⭕ Pakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir.
⭕ Segera bersihkan badan yang terkena air banjir dengan air bersih.
⭕ Cuci tangan dengan betul dan sentiasa jaga kebersihan diri.
⭕ Jangan guna air banjir untuk membersihkan diri, peralatan atau makanan.
⭕ Sentiasa guna air bersih atau air berbotol untuk minum, cuci makanan, peralatan dan diri.
⭕ Sentiasa bersihkan pusat pemindahan supaya tidak dihurungi lalat dan tikus.
⭕ Pakai pelindung diri semasa mencuci rumah dan persekitaran selepas banjir.
⭕ Dapatkan rawatan segera sekiranya demam dalam tempoh 30 hari selepas kerja pembersihan.

Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=582796290550991&set=a.225111756319448