Nama Gerai/ Kedai: Anuar Nasi Dagang & Roti Kacang Pool

Nama Produk: Menjual Menu Sarapan Pagi

Alamat Lokasi: F10, Kg Simpang Sepayang, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Harga: Mengikut Jenis Makanan/Minuman

No Telefon/ Media Sosial untuk dihubungi: Tiada

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad jam 6.30 Pagi - 12.45 T/hari

Anuar Nasi Dagang & Roti Kacang Pool adalah salah sebuah kedai makan dan minuman yang menjual menu makanan utnuk sarapan pagi. Terletak di Kampung Simpang Sepayang dan lokasinya di tepi jalan memudahkan untuk orang ramai melihat kedai tersebut. Kedai ini mempunyai pelbagai jenis pilihan makanan sarapan pagi dan menu utamanya ialah Nasi dagang dan juga Roti Kacang Pool selain menu-menu sarapan yang lain serta kuih muih. Jika anda berkunjung ke Kg Simpang Sepayang, jangan lupa singgah ke kedai anuar nasi dagang untuk menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman.

Sumber: https://www.google.com/maps/place/Anuar+Nasi+Dagang/@2.750548,103.4973438,15z/data=!4m5!3m4!1s0x0:0x88cc9947660129c4!8m2!3d2.750548!4d103.4973438

 

Nama Gerai/ Kedai: Sally Corner

Nama Produk: Menjual pelbagai jenis makanan dan minuman petang

Alamat Lokasi: D/A Kedai Budin, Kg Simpang Sepayang, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Harga: Mengikut Jenis Makanan/Minuman

No Telefon/ Media Sosial untuk dihubungi: F/B : Sally's Corner / 0148161124

Waktu Operasi: 12.00 Tengah Hari - 6.30 Petang

Kampung Simpang Sepayang mempunyai pelbagai jenis pilihan kedai makan daripada makanan sarapan pagi sehingga ke makan malam. pilihan lokasi pada kali ini, kami memilih salah sebuah kedai makan yang menawarkan makanan menu pada waktu petang antaranya ABC, ABJ, Cendol, Bihun Sup, Mee Kari, Pisang Goreng, Keropok Goreng, dan pelbagai pilihan kuih muih. Jika anda berkunjung ke Kg Simpang Sepayang, jangan lupa singgah ke kedai Sally Corner untuk menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman.

Sumber: https://www.facebook.com/pages/Sallys-Corner/154171071301056

"DEEN" Burger Bakar Simpang Sepayang 

 

Nama Gerai/ Kedai: "DEEN" Burger Bakar Simpang Sepayang

Nama Produk: Burger Bakar

Alamat Lokasi: 

Harga: RM1.50 - RM34.50

No Telefon/ Media Sosial untuk dihubungi: F/B : Deen Burger Bakar Kuala Rompin / 0199930552

Waktu Operasi: 5:00 PETANG - 12:00 T/MALAM

Kampung Simpang Sepayang mempunyai pelbagai jenis pilihan makanan yang menarik dan salah satu makanan yang menarik ialah Burger Bakar. "DEEN Burger Bakar" merupakan salah satu makanan yang popular di daerah rompin. Keenakan dan kelazatan Burger menjadi tarikan utama kepada penduduk sekitar daerah Rompin malahan penduduk luar juga yang datang berkunjung ke sini. Terdapat pelbagai pilihan menu Burger Bakar. Jika berkunjung ke Daerah Rompin dan Simpang Sepayang jangan lupa untuk singgah merasai keenakan "DEEN" Burger Bakar.

Sumber: https://www.facebook.com/Deen-Burger-Bakar-Kuala-Rompin-441117122725087/

 

Keropok Lekor Simpang Sepayang

 

Keropok Lekor Kg Simpang Sepayang yang diusahakan sejak berbelas tahun yang lalu. Perusahaan ini mendapat sambutan dari pelbagai pihak kerana rasa dan kualiti yang baik. disamping itu, perusahaan ini juga dibantu oleh pihak Jabatan Perikana Malaysia, Rompin dari segi khidmat nasihat.

Sumber: https://www.facebook.com/pahangfm/posts/10153203516149526

 

Udang Galah

Udang Galah Masak Merah 

Udang galah merupakan salah satu makanan yang sangat terkenal di Kuala Rompin. Gelaran bandar "Udang Galah" amat sinonim dengan Kuala rompin. Udang galah boleh didapati dari dua tempat iaitu di sungai dan juga secara ternak. Seperti yang sedia maklum, udang galah boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan antaranya Masak Lemak Cili Api, Masak Goreng kunyit, Masak Merah , Masak Masam Manis, Masak 3 Rasa dan pelbagai lagi jenis masakan.

 

Buah Tembikai

Buah tembikai merupakan salah satu buah tempatan yang mudah dan senang didapati di daerah Kuala Rompin. Buah tembikai menjadi salah satu simbol kepada Bandar Rompin selain simbol Udang galah. Maka, tidak hairanlah jika berkunjung ke Daerah Kuala rompin, banyak buah tembikai yang dijual di gerai-gerai sepanjang jalan menuju ke Kuala Rompin.

 

Jagung

 

Jagung merupakan makanan yang sangat digemari ramai dan mempunyai pelbagai kegunaan. Jagung bukan sahaja enak dimakan secara rebus ataupun bakar, tetapi boleh dibuat bubur jagung, puding, ABC, jagung  manis "sweet corn" dan pelbaagai lagi. Sepanjang jalan dikawasan Daerah Rompin ini, terdapat banyak gerai-gerai di tepi jalan yang menjual buah jagung. Rasanya yang manis amat menyelerakan sesiapa sahaja yang merasainya. Jagung yang dijual sekitar kawasan Rompin ini dapat mendatangkan keuntungan kepada penjual malah dapat meningkatkkan ekonomi penduduk sekitar dan meningkatkan taraf hidup penduduk kampung.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/rezeki-lumayan-musim-jagung-1.163996

 

Laksa Penang & ABC

Laksa Penang menjadi santapan makanan pada sebelah petang. Di kampung simpang sepayang ini terkenal dengan keenakan laksa penang seorang peniaga yang lebih dikenali dengan paanggilan "Kak Zura". Kebiasaannya gerai beliau akan dibuka bermula jam 2:00 petang setiap hari kecuali hari Jumaat. Selain keenakan laksa penang, gerai beliau juga turut menjual pelbagai jenis air termasuklah ABC, ABJ, dan pelbagai jenis air minuman samada yang panas atau yang sejuk. Selain itu, gerai beliau juga ada menjual pelbagai jenis makanan gorengan seperti keropok goreng, pisang goreng, jemput goreng dan pelbagaijenis makanan lain. Keenakan makanan di gerai beliau telah menarik ramai pelanggan tetap yang menginginkan keenakan masakan dari beliau. Beliau dibantu oleh suami dan anak-anak untuk membantu di gerai beliau. Selain dapat menambah pendapatan sekeluarga ianya juga dapat meningkatkan taraf kehidupan beliau sekeluarga.