KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

 

PRODUK KECANTIKAN/BARANG KEPERLUAN

 

Nama Usahawan: Nurfadilla Akma binti Yahya

Nama Produk: Produk Kecantikan dan Barang Keperluan

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: Menjual produk-produk kecantikan dan barang keperluan secara online dan offline. Menjadikan facebook dan Dashboard My Shop sebagai platform untuk memasarkan produk.

Pengalaman: Lebih 4 tahun dalam penjualan produk

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 019-9004365

Bilangan Pekerja: -

 

TERNAKAN IKAN DALAM SANGKAR

 

Nama Usahawan: Faizal bin Saidin

Nama Produk: Perusahaan Ikan Sangkar

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: Mengusahakan ternakan ikan dalam sangkar di Empangan Sepayang seperti ikan Talapia

Pengalaman: Berpengalaman selama lebih 10 Tahun dalam bidang ternakan ikan sangkar

Nama Syarikat/Pengusaha: Ikan Sangkar

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 01120967600

Bilangan Pekerja: -

 

KEDAI MAKAN

 

Nama Usahawan: Norhayati binti Saidin

Nama Produk: Perusahaan Kedai Makan/Katering

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: Terlibat secara tidak langsung melalui membantu ibu beliau mengendalikan kedai makan, kemudian mengambil alih kedai makan tersebut sehingga sekarang

Pengalaman: Berpengalaman selama lebih 8 Tahun dalam bidang masakan

Nama Syarikat/Pengusaha: Kedai Makan

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 013-9856987

Bilangan Pekerja: 2 Orang

 

PERUSAHAAN KEROPOK LEKOR

 

Nama Usahawan:Roslina binti Ibrahim

Nama Produk: Perusahaan Keropok Lekor

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan:

Pengalaman: Berpengalaman lebih 10 tahun dalam mengusahakan keropok lekor

Nama Syarikat/Pengusaha: Bengkel Anak Angkat (Pemprosesan) Cawangan Pengembangan Laut Jabatan Perikanan Malaysia

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi:

Bilangan Pekerja:3 Orang

Sumber: https://www.facebook.com/pahangfm/posts/10153203516149526

 

KEDAI JAHIT

 

Nama Usahawan: Noraini binti Amat Kutri

Nama Produk:Kedai Menjahit Baju

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan:Mengusahakan secara kecil kecilan dari rumah, kemudian membuka kedai jahit sendiri berdekatan dengan Pusat Internet. Menerima tempahan jahitan baju dari pelbagai lapisan masyarakat sehingga kini.

Pengalaman:Berpengalaman selama 15 Tahun dalam bidang Jahitan

Nama Syarikat/Pengusaha:Kedai Jahit Noraini

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 019-9943220

Bilangan Pekerja:Tiada

 

HOMESTAY

 

Nama Usahawan: Khatijah Bt Abdul Ghani

Nama Produk:Homestay

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: Bermula dengan 1 buah homestay dan kini telah ada 3 buah homestay milik Pn.Khatijah dan keluarga.

Pengalaman: 8 Tahun

Nama Syarikat/Pengusaha: Alijah Homestay

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 01116847480

Bilangan Pekerja: Tiada

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

kak nor 3

Menjual Pelbagai Jenis Pakaian Bundle, Produk Kecantikan dan Kesihatan

Nama Usahawan: Pn. Norida binti Aziz

Nama Produk: Menjual Pelbagai Jenis Pakaian Bundle, Produk Kecantikan dan Kesihatan

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q4 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Puan Norida binti abdul Aziz. Suri rumah dan Ibu kepada 2 orang anak ini merupakan anak kelahiran Pahang. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (SPM) dengan keputusan sederhana cemerlang.

Namun oleh kerana minat berniaga dan ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa kini , sejak tahun 2017 beliau mula menjinakkan  diri dalam dunia perniagaan secara kecil kecilan dengan menjual pakaian di pasar malam dan hingga kini beliau masih  lagi meneruskan perniagaan tersebut. Kini beliau telah mempelbagaikan produk jualan beliau seperti produk kesihatan, produk kecantikan dan jualan pakaian. Selain berniaga di pasar- pasar malam beliau juga ada menjual produk tersebut secara atas talian iaitu melaui facebook, whatapp dan blog sejajar dengan perkembangan negara yang semakin maju.

Berbekalkan pengetahuan asas, beliau memberanikan diri untuk mengasah pengetahuan beliau dan memperdalami ilmu perniagaan atas talian dengan menglibatkan diri menyertai bengkel usahawan anjuran beberapa agensi di sekitar rompin seperti Pusat Internet & ACER Empower. Antara bengkel yang beliau telah sertai adalah  bengkel cara dan tips promosi atas talian, Bengkel kewangan, dan bengkel teknik photografi. Ternyata untuk Berjaya dalam sesuatu perniagaan, ilmu bidang perniagaan adalah penting bagi memastikan perniagaan kita maju dan berjaya. Ini kerana selepas beliau menyertai bengkel tersebut jualan terhadap produk beliau semakin meningkat dengan pancingan ayat-ayat dan gambar produk yang menarik. Dan lejar kewangan yang sistematik membantu beliau mengenalpasti dan mengkaji untung rugi setiap jualan produk beliau. Kini beliau masih mempraktikkan ilmu yang beliau perolehi dan bercadang untuk menambahkan lagi ilmu dalam bidang perniagaan bagi meningkatkan lagi jualan produk beliau di masa akan datang.

Sebelum penglibatan dalam penggunaan ICT dan PI pelanggan beliau adalah terdiri daripada kenalan-kenalan terdekat sahaja. Konsep jualan yang diketengahkan oleh beliau adalah berniaga di warung, menjaja dan menjual produk kepada kenalan. Cara promosi pada masa itu hanyalah dari mulut kemulut. Oleh itu hasil jualan beliau dalam lingkungan kenalan dan komuniti setempat sahaja.

Namun selepas penglibatan program usahawan anjuran pusat internet dan ECER Empower beliau mempelajari ilmu baru yang banyak membantu beliau dalam mempertingkatkan kualiti dan kuantiti jualan. Antara ilmu usahawan yang dipelajari oleh beliau ialah cara mempromosi jualan menggunakan facebook dan muat naik kedalam status whatapp. Dengan cara ini beliau dapat mewarkan-warkan perniagaan beliau ke pada lebih ramai orang yang mana tidak tertumpu dengan kawasan setempat sahaja. Selain itu binaan ayat-ayat menarik mampu memancing pelanggan untuk mencuba produk jualan beliau. Penglibatan dalam bengkel teknik photografi dalam menghasilkan  gambar produk yang menarik dan jelas juga membantu mempertingkatkan jualan produk beliau. Serta bengkel kewangan membantu beliau menyediakan kunci kira yang lebih sistematik dan teratur membolehkan beliau meletakkan target capaian jualan dan mengenalpasti untung rugi setiap produk yang terjual. Manakala melalui bengkel advokasi iaitu etika penggunaan teknologi dan klik dengan bijak menjadikan beliau lebih berhati-hati dalam menggunakan teknologi terutamanya ketika membuat transaksi jual beli agar tidak menjadi mangsa jenayah siber dan sekaligus menjadikn beliau  pengguna yang bertanggungjawab.

Pengalaman: Lebih 8 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 013-3761213

Bilangan Pekerja: 2 Orang

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

Menjual perhiasan homade seperti keronsang, cekak rambut dan klip rambut

Nama Usahawan: Cik Nur Hafizah binti Mohd Isa

Nama Produk: Menjual perhiasan homade seperti keronsang, cekak rambut dan klip rambut

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 Q4 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Nur Hafizah Binti Mohd Isa berumur 29 tahun merupakan anak kelahiran Kuala Rompin. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Hospitaliti dengan Kepujian di Universiti Utara Malaysia.

Sebelum ini beliau pernah bekerja di sebuah kilang  selama setahun dan berhenti kerana menerima tawaran pekerjaan di sebuah syarikat swasta sebagai manager selepas setahun beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampung karana masalah keluarga. Sejak pada itu beliau membuat pekerjaan sebagai penanam cili dan memasarkan hasil tanaman beliau ke pasar-pasar sekita kuala rompin dan endau. Namun kini hasil jualan cili beliau semakin merosot dan ini membuat kan beliau mencari inisiatif lain untuk menambah punca pendapatan iaitu dengan menghasilkan aksesori homemade seperti keronsang, klip rambut dan cekak rambut.

Beliau mula mendaftar sebagai ahli dan menggunakan kemudahan yang disediakan di Internet sejak tahun 2009 lagi. Pada ketika itu beliau masih lagi bersekolah. Awal kehadiran beliau di pusat internet pada ketika itu adalah kerana beliau langsung tidak tahu menggunakan komputer. Pada masa itu kemahiran komputer diperlukan untuk membuat kerja sekolah dan untuk mencari bahan-bahan pelajaran,  beliau mengambil keputusan untuk mengikuti kursus komputer. Memandangkan pada ketika itu Pusat internet baru sahaja beroperasi di Kampung Simpang Sepayang dan ada menawarkan perkhidmatan bengkel komputer, beliau bersama beberapa rakan sekelas beliau datang ke pusat internet untuk mendaftarkan diri sebagai ahli pusat internet sekali gus membuat temujanji kelas komputer pada musim cuti sekolah.  Bermula pada situ lah beliau mula mempelajari komputer dan mahir menggunakan komputer dan menggunakan kemudahan yang disediakan di pusat internet sehingga beliau tamat belajar di universiti.

Beliau mula menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet selepa beliau berhenti kerja dan pulang ke kampung. Ketika itu beliau menggunakan internet untuk mencari info berkaitan dengan penanaman cili kampung. Dengan bantuan petugas pusat internet pada ketika itu beliau memudahkan kerja beliau mencari info-info yang diperlukan dengan mudah dan cepat.

Di Pusat internet jugalah tercetusnya idea beliau untuk membuat perniagaan sampingan selain menjual cili, iaitu menghasilkan homemade aksesori untuk menambah punca pendapatan beliau , memandangkan pernanaman dan hasil jualan cili beliau pada masa itu semakin merosot kerana masalah cuaca dan diserang serangga. Petugas pusat internet sedikit sebanyak membantu beliau mencari video tutorial, mencari agen jualan bahan yang diperlukan pada kadar harga yang murah dan mencari idea-idea untuk menghasilkan aksesori yang unit dan menarik untuk dijual.

Jika sebelum ini hasil homade yang di buat oleh beliau hanya dijual kepada kenalan di sekitar rompin iaitu secara offline ,namun memandangkan dunia teknologi semakin meluas dan peniaga online semakin bertambah bagaikan cendawan, memberikan kesedaran kepada beliau untuk memasarkan hasil kraf beliau ke peringkat yang lebih meluas iaitu secara online yang mana tidak tertumput di sekitar rompin.

Oleh itu beliau baru sahaja mengikuti kursus keusahawanan di Pusat internet iaitu mempelajari bagaimana menjual aksesori homemade beliau di bawah platform shopee. Jualan di bawah shopee baru sahaja dibuat dan masih lagi dalam tempoh pembelajaran untuk meningkatkan hasil jualan. Buat masa kini belaiu baru mendapat 3 tempahan dari pengguna shopee. Pada beliau ini baru permulaan yang memberikan gambaran positive jika beliau terus berusaha mempertingkatkan mutu promosi dan dan produk beliau.

Selain itu dengan Pusat internet juga beliau mengambil peluang untuk memasarkan produk beliau di bawah platform Dashboard Komuniti iaitu My shop yang disediakan dan diuruskan oleh Pusat internet. Oleh itu beliau telah pun memuat turun aplikasi dashboard komuniti ke telefon mudah alih beliau dan memuat naik produk-produk beliau ke dalam aplikasi tersebut.

Pengalaman: Lebih 5 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 010-7051153

Bilangan Pekerja: Tiada

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

Perkhidmatan sewaan bot fiber dan enjin 5hp

Nama Usahawan: Pn. Nokamilah binti Mat Saman

Nama Produk: Perkhidmatan sewaan bot fiber dan enjin 5hp

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 Q4 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet yang telah lama menggunakan perkhidmatan di pusat internet seperti perkhidmatan Photostat dan menaip sejak tahun 2016. Beliau adalah Puan Norkamilah binti Mat Saman. Ibu kepada 3 orang cahaya mata ini merupakan anak kelahiran Pahang. Pn Norkamilah atau lebih mesra di panggil Puan Milah dan suami telah mengusahakan perkhidmatan sewaan bot fiber dan enjin 5hp khas utk memancing yang diberi nama PMS jenggo hunter.

Sebelum melibatkan diri dengan bengkel komputer anjuran pusat internet, Puan Milah hanya pandai menggunakan media sosial yang asas sahaja. Selain itu, beliau juga hanya menggunakan telefon pintar sebagai media sosial untuk beliau mempromosikan perkhidmatan beliau. Oleh yang demikian, beliau telah datang ke Pusat internet untuk belajar dan mengikuti kelas keusahawanan bagi memantapkan lagi dan mempromosikan perkhidmatan beliau. Sebelum ini beliau hanya datang ke pusat internet jika ada keperluan dan tururt serta jika ada program-program yang dianjurkan oleh pusat internet sahaja.

Penglibatan Puan Milah dengan pusat internet dalam program keusahawanan sedikit sebanyak telah memberikan beliau ilmu dan pendedahan bagaimana untuk mempromosikan lagi perkhidmtana beliau luar dari daerah Rompin dan jika boleh beliau inginkan semakin ramai yang datang menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh beliau dan suami. Selain daripada latihan dan bengkel keusahawanan Facebook, kini beliau juga turut mengambil peluang untuk mengikuti bengkel Shopee anjuran Pusat internet bagi menambah lagi ilmu dan melebarkan sayap dalam dunia perniagaan.

Pengalaman: Lebih 8 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan 

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 019-9681734

Bilangan Pekerja: 1 Orang

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

MENJUAL PELBAGAI JENIS PRODUK SEPERTI TUPPERWARE, PRODUK KESIHATAN DAN MAKANAN

Nama Usahawan: Pn. Hanim Afzan binti Abd Rahim

Nama Produk: Menjual pelbagai jenis produk seperti tupperware, produk kesihatan dan makanan. 

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online untuk Q2 2020 kali ini kami memilih Puan Hanim Afzan binti abd Rahim. Lahir pada 26 Februari 1979 di Mersing dan kini berumur 41 Tahun. Beliau dibesarkan di Kuala Rompin Pahang dan mula menetap di Kampung simpang semenjak berkahwin iaitu pada tahun 2008. Beliau merupakan seorang isteri dan ibu kepada 6 orang cahaya mata. Sebelum ini beliau merupakan suri rumah sepenuh masa dan sedang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menjual pelbagai produk seperti egen Tuperware, menjual produk Kesihatan dan Makanan. .Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia di sekolah menengah Kebangsaan Rompin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Tahap pengetahuan ICT Puan Hanim sebelum penglibatan dengan kelas ICT boleh dikatakan pada ketika itu adalah sifar. Beliau tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini apatah lagi menggunkan internet. Sebelum beliau mempelajari ICT di pusat internet, beliau tidak bekerja dan merupakan suri rumah sepenuh masa. Punca pendapatan beliau sekeluarga hanya bergantung kepada suaminya yang menerima upah kerja-kerja pembinaan. Ekoran daripada peningkatan kos sara hidup, beliau membuat keputusan untuk membantu suaminya menambah punca pendapatan. Oleh yang demikian beliau mula berniaga kecil-kecilan menjual makanan dengan meletakkan di  beberapa kedai di sekitar kampung sepayang termasuklah di pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas penglibatan dengan pusat internet beliau mula menjadikan internet sebagai platform untuk beliau berniaga. Beliau mula mencari resepi-resepi masakan dan mencari idea produk yang boleh dijadikan jualan Beliau juga mula mempromosi dan meletakan produk beliau di platform facebook, whatapp dan my shop. Kaedah ini sedikit sebanyak membantu beliau meluaskan lagi produk yang beliau jual yang mana tidak tertumpu hanya kepada kenalan rapat sahaja. Kaedah ini juga memudahkan kerja beliau untuk menarik lebih ramai pelanggan dan menerima tempahan Sejak meletakkan produk jualan beliau di atas talian, banyak produk beliau laris terjual. Antara produk yang menjadi kegemaran pelanggan ialah kek lapis serawak dan produk Tuperware. Ini sedikit sebanyak dapat membantu suami beliau menambah punca pendapat keluarga.

Pengalaman: Lebih 3 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 016-7666477

Bilangan Pekerja: Tiada