KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

 

Menjual pelbagai produk makanan & pakaian

Nama Usahawan: PN. NOR HADHILAH BINTI AB HAMID

Nama Produk: Menjual pelbagai produk makanan dan pakaian

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kali ini bagi Usahawan Online 2 Q4 2020 Pi simpang Sepayang kami memilih Nor Hadhilah Binti Ab Hamid Rompin, Pahang pada 14 April 1990  dan kini berusia 30 Tahun. Puan Hadhilah merupakan anak sulong dan telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat  sarjana muda Komunikasi di USM. Beliau bekerja di klinik swasta di Kuala Rompin Pahang.  

Puan Hadhilah  merupakan pelajar graduan lepasan ijazah sarjana muda Komunikasi. Oleh itu pengetahuan beliau terhadap komputer dan internet dikategorikan  mahir. Namun beliau tidak pernah mengikuti kursus keusahawanan dan perniagaan atas talian.  Beliau mempunyai perniagaan kecil-kecilan iaitu membuat kek dan menjahit pakaian. Namun promosi dan jualan hanya tertumpu pada kenalan terdekat. Memandangkan dunia kini zaman dihujung jari menarik minat beliau untuk mendalami bidang keusahawanan terutamanya dalam usahawan atas talian. Ini meruoakan salah satu sebab kenapa beliau bercadang untuk mengikuti bengkel keusahawanan yang telah disediakan di Pusat Internet ditambah pula cas yang dikenakan adalah percuma.

Pada September 2020 beliau berjumpa dengan kakitangan Pusat internet untuk mendaftarkan diri sebagai ahli pusat internet dan menyatakan hasrat beliau untuk mengikuti program usahawan anjuran pusat internet. Ternyata kedatangan eliau disambut baik oleh petugas pusat internet, dan petugas telah menetapkan tarikh utnuk bengkel yang bakal beliau sertai. Hasil penglibatan beliau dengan bengkel usahawan di Pusat internet beliau telah mempelajari asas pengurusan perniagaan dan perniagaan atas talian Shopee.Kkini beliau telah pun mempunyai akaun shopee sendiri dan masih lagi dalam peringkat awal penjualan dan promosi produk di atas talian. Beliau juga mula mempromosi produk beliau di laman rangkaian sosial iaitu facebook. Kini belaiu masih lagi dalam proses mengumpul ilmu bidang perniagaan bersama pusat internet.

Pengalaman: Lebih 5 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 017-4634518

Bilangan Pekerja: Tiada