PEMAKLUMAN PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)

APA ITU PADU
📌 PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara lebih bersasar. PADU telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 2 Januari 2024.

APA TUJUAN PEMBANGUNAN PADU?
📌 Meningkatkan kecekapan perancangan dasar & pengagihan sumber terutama pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan yang lebih bersasar kepada individu yang benar-benar layak.

SIAPA YANG PERLU MENDAFTAR PADU
📌 Semua penduduk Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun dan ke atas perlu mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam sistem PADU.

BAGAIMANA HENDAK MEMBUAT PENDAFTARAN PADU
📌 Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat ke dalam sistem PADU bermula pada 2 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024. Pendaftaran secara online boleh dibuat di laman web PADU; www.padu.gov.my
📌 Empat (4) langkah untuk mendaftar:
1. Mengisi Maklumat Asas (Nama,IC,Poskod,HP/emel)
2. Pengesahan OTP (SMS/emel)
3. Tetapkan kata laluan (Aa#)
4. Pengesahan Identiti (EKYC)
📌 Selepas selesai pendaftaran, anda perlu log in dan seterusnya mengemaskini maklumat dalam sistem PADU.

BAGAIMANA JIKA PENDUDUK YANG TIDAK MEMPUNYAI TELFON BIMBIT ATAU TIDAK MAHIR UNTUK MENDAFTAR SECARA ONLINE?
📌 Bagi penduduk yang tidak mempunyai telefon bimbit dan memerlukan bantuan untuk membuat pendaftaran secara online atau mempunyai masalah capaian internet, anda boleh ke Pusat Internet Desa (PEDi) berhampiran. Petugas di PEDi akan membantu anda membuat pendaftaran dan mengemaskini maklumat.
📌 Pendaftaran juga boleh dibuat di Pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia di Wisma Persekutuan Kuantan, Pejabat Operasi Bentong & Pejabat Operasi Temerloh. Kaunter PADU turut dibuka di UTC, Kuantan dan beberapa lokasi Hotspot lain.
📌 Senarai lokasi Kaunter Padu di seluruh negeri Pahang boleh dicapai di pautan berikut https://www.padu.gov.my/senarai_kaunter/senarai_kaunter_fizikal_padu_PEDI_mengikut_negeri.pdf

ADAKAH SAYA BOLEH MEMILIH UNTUK TIDAK MENDAFTAR PADU?
📌 Boleh. Walaubagaimanapun, tindakan tersebut boleh menyebabkan anda dan isirumah anda berisiko tidak menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak.

HOTLINE
📌 Sebarang maklumbalas dan aduan boleh dibuat melalui:
✅ Talian Hotline
â–ª 1-800-88-7720
(8.00pg-6ptg)
â–ª 1-800-88-7721
(7.30pg-10mlm)
✅ Secara online melalui
SiSPAA di Portal PADU (24 jam)
✅ DOSM Pahang: 095163931/ 37

Sumber: https://www.facebook.com/DOSMPahang

 
TERKINI: Cara Daftar PADU (Tutorial step by step)
1. Layari portal rasmi PADU
2. Klik 'Daftar Sekarang'
3. Isikan maklumat asas dan klik 'Seterusnya'
4. Klik 'Tutup' dan masukkan Kod Pengesahan OTP dihantar melalui SMS ke No. yang didaftarkan. Klik 'Seterusnya'
5. Tetapkan Kata Laluan dan klik 'Seterusnya'
6. Klik 'Mulakan Pengesahan Identiti'
7. Klik 'Mari kita laksanakan bersama'
8. Ambil gambar bahagian depan Kad Pengenalan
9. Ambil gambar bahagian belakang Kad Pengenalan
10. Ambil gambar swafoto dan muat naik
11. Pengesahan identiti berjaya dihantar.
12. Semak emel untuk lihat status pengesahan identiti Berjaya
13. Log masuk ke PADU
14. Kemaskini semua maklumat yang diperlukan
15. Buat pengesahan dan perakuan penghantaran profil
16. Selesai
 

Syarat-Syarat 

Kelayakan10 jutawarganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan penerima STR atau mempunyai pendapatan yang mana pendapatan tahunan tersebut adalah RM100,00 dan ke bawah layak untuk menerima sumbangan kredit e-tunai eMadani berjumlah RM100 setiap individu

Sumber: https://www.google.com/search?q=syarat+madani+rm100&source=lmns&bih=568&biw=1366&rlz=1C1AKJH_enMY656MY656&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwiTtJv0vvqCAxW9mmMGHSDZC3YQ_AUoAHoECAEQAA