ASAL USUL DAERAH ROMPIN

   P3010039

 

Gambar: Mercu Tanda Daerah Rompin

Rompin adalah sebuah daerah yang terletak di bahagian Selatan negeri Pahang. Ia adalah sebuah daerah yang bersempadan dengan negeri Johor. Antara lokasi berdekatan ialah Endau, Mersing, Nenasi, Muadzam Shah, Pekan dan Kuantan. Rompin juga merupakan salah satu daripada 11 buah daerah iaitu (Kuantan, Temerloh, Bentong, Maran, Rompin, Pekan, Bera, Raub, Jerantut, Lipis dan Cameron Highland) yang terdapat di negeri Pahang Darul makmur. Daerah ini terletak di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan mengadap ke Laut China Selatan. Ia merangkumi keluasan kira-kira 126000 kilometer persegi.

Apa yang menarik dan bagaimana daerah ini mendapat nama adalah bermula dari perkampungan nelayan di sekitar kuala sungai daerah ini. Kuala Rompin adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi Kuala Sungai Rompin. Sejarah namanya  dikaitkan dengan sebatang pokok.  Pada masa dahulu banyak pokok ru atau cemara tumbuh di sepanjang pantai Daerah Rompin.  Boleh dikatakan tidak ada pokok selain pokok ru atau cemara yang tumbuh dengan banyaknya di situ. Diantara pokok ru yang banyak itu, terdapat sebatang pokok ru yang besar dan tinggi.  Yang ganjilnya ialah batang pokok ru itu ramping dibahagian tengahnya. Mengikut cerita ukurlilit pokok tersebut boleh memuat seramai 40 orang untuk makan bersama. 

Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak menjejaskan kekuatan pokok ru itu pada keseluruhannya. Hal ini cukup menghairankan penduduk tempatan dan cerita ini sering menjadi buah mulut mereka pada setiap masa.  Ada yang menganggap keganjilan itu sesuai dijadikan penempatan.  Semenjak daripada itu, tempat ini dikenali dengan Ru Ramping.  Oleh sebab nama itu panjang, akhirnya penduduk tempatan memendekkan kepada Rumping. Seterusnya dialek tempatan menyebabkan perkataan Rumping disebut Rumpin tetapi lama kelamaan ianya dieja kepada Rompin.

Sumber Maklumat: Portal pejabat Daerah Rompin, http://pdtrompin.pahang.gov.my

                               https://ms.wikipedia.org/wiki/Rompin,_Pahang

 

SEJARAH ROMPIN

Pada tahun 1926, Kuala Rompin merupakan sebuah perkampungan nelayan yang sering dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang berulang-alik dari Singapura dan Kuantan. Pada tahun 1952, kerajaan Pahang menubuhkan empat sub-daerah Jerantut, Chenor, Triang dan Rompin. Bagi memudahkan penubuhan sistem pentadbiran.

Pegawai Tadbir dilantik untuk menjalankan Penolong Pegawai Daerah ditempatkan di kawasan kecil ini. Pada 16 Disember 1952, seorang pegawai British J.B. Melford telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Rompin merupakan yang pertama bagi kawasan kecil menjalankanpentadbiran Rompin. Sebelum ini digunakan sebagai kawasan yang kecil, Daerah Rompin adalah daerah di bawah pentadbiran bandar. Sebaik sahaja ke dalam kawasan yang kecil, Pentadbiran Daerah Rompin dibahagikan kepada lima daerah iaitu Tioman, Endau, Pontian, Keratong dan Kuala Rompin. daerah Kuala Rompin Rompin sebagai pusat pentadbiran.

Pada 31 Julai 1976, Sultan Pahang, Kebawah DYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Al mengisytiharkan dan memashyurkan kawasan Rompin secara keseluruhan serta daerah-9 di kawasan ini pada keadaan Pahang Darul Makmur.

Daerah Rompin dibahagikan kepada beberapa mukim dan setiap mukim dijaga oleh seorang Penghulu. Antara Mukim-mukim yang terdapat di Daerah Rompin ialah:

  1. Mukim Keratong
  2. Mukim Bebar
  3. Mukim Rompin
  4. Mukim Pontian
  5. Mukim Endau
  6. Mukim Tioman

Keluasan Daerah Rompin - 1296533.7 Ekar

Jumlah bilangan Penduduk, 37535 Orang

Sumber: http://pdtrompin.pahang.gov.my/index.php/ms/profail-daerah/penghulu/51-malay-root/profil

 

ASAL USUL KAMPUNG SIMPANG SEPAYANG

Kampung Simpang Sepayang yang terletak di mukim Pontian daerah Rompin ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Nama kampung Simpang Sepayang berasal daripada nama sebatang pokok yang dikenali sebagai pokok Kepayang oleh orang zaman dahulu. Pokok Kepayang ini tumbuh rendang di tepi sebatang anak sungai yang  mengalir ke dalam Sungai Pontian. Anak Sungai tersebut kini dikenali sebagai Sungai Sepayang.

Pada zaman dahulu, perahu menjadi pengangkutan utama bagi masyarakat kampung. Oleh yang demikian, di bawah pohon kepayang tersebut sering menjadi tempat persinggahan dan juga pengkalan perahu dan sampan-sampan petani yang berulang-alik  ke sawah dan dusun membawa hasil tanaman mereka. Bersempena nama pohon kepayang ini, ia dinamakan Kampung Simpang Sepayang oleh penduduk awal kampung ini. Sehinggalah ke hari ini, nama Simpang Sepayang kekal dan menjadi salah sebuah kampung yang aman dan harmoni.

Sumber maklumatAbu Bakar Ibrahim, Maklumat Asas JKKK Sepayang 1998.