The Holstein Milk Company atau Farm Fresh Milk Sdn Bhd merupakan syarikat yang menerajui Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) di Pahang. Penubuhan MSCRIC ini adalah sebahagian daripada srategi Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk meningkatkan taraf pendapatan rakyat dengan menambah hasil yang dinikmati oleh peladang dan usahawan tani.

Penubuhan Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) ini diterajui oleh The Holstein Milk Company atau Farm Fresh Milk Sdn Bhd dilihat mampu mentransformasikan industri perniagaan tani di Muadzam Shah, menerusi penghasilan susu segar.

Bagi memastikan susu segar dapat dinikmati segenap lapisan masyarakat hari ini, The Holstein Milk Company telah mengeluarkan jenama susu segarnya yang tersendiri iaitu Farm Fresh.

Menurut Encik Azmi B. Zainal (Pengarah Operasi) berkata, “menerusi sistem pemasaran yang unik, kini produk tersebut telah menguasai lebih 39 peratus pasaran susu segar tempatan. Jelasnya lagi, walaupun kebanyakan produk tenusu yang diimport menggunakan susu bancuhan dengan mengabungkan susu segar, susu tepung, pepejal dan pengawet di dalam produk mereka, Holstein kekal sebagai salah sebuah syarikat tenusu Malaysia yang memasarkan susu segar terus dari ladang.

Tambahnya lagi, The Holstein telah merancang untuk mempelbagaikan aktiviti di kawasan seluas 240 ekar tersebut dengan menjadikannya sebagai destinasi agro pelancongan yang menarik. Kawasan tersebut dipanggil sebagai Moorassic Park kini masih lagi dalam pembinaan yang mempunyai pelbagai kemudahan dan daya tarikan bakal diberikan kepada para pengunjung.

The Holstein Milk Company yang menghasilkan susu jenama Farm Fresh telah dianugerahkan Outstanding Dairy Farm Award dari Livestock Asia pada tahun 2015.

Antara seleksi jenama Farm Fresh yang kini berada di pasaran adalah seperti Susu Segar Farm Fresh, Susu Kurma Farm Fresh, minuman yogurt Farm Fresh (Perisa: original, manga, strawberry, peach) dan yogurt Farm Fresh (Perisa: markisa, peach)

Alamat: Plot D, Km 6, Jln Muadzam, 26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur

Latitud/Logitud : 3.027386, 103.119306

No Telefon: 1-800-88-1228 / 07 2323463 / 07 2328771 / 03 80825008

Website: http://www.farmfresh.com.my

Sumber: https://www.facebook.com/pages/Kompleks-Tenusu-Muadzam-Shah-Pahang/180155475888533

                https://www.facebook.com/farmfreshdairyproduce