Nama Program: Pertandingan Memasak dan Aktiviti Kompang sempena Program Sambutan Maulidur Rasul anjuran Masjid Al-Hilal Kg Sepayang

Tarikh: 30 September 2023 (Sabtu)

Masa: 8:00 - 1:00 Petang

Tempat: Masjid Al-Hilal Kg Sepayang

Tujuan/Aktiviti: Program pertandingan ini bertujuan untuk mengiatkan lagi aktiviti kemayarakatan kepada penduduk kampung dan juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung agar ukhuwah yang dibina berpanjangan selain aktiviti pertandingan tersebut.

  

Nama Program: Kelas Pengajian Al-Quran Dan Fardhu Ain Kanak-Kanak Masjid Al-Hilal Kg Sepayang (KAFA)

Tarikh: 17 Disember 2022 (Sabtu)

Masa: 9:00 - 12: 00 T/Hari

Tempat: Masjid Al-Hilal Kg Sepayang

Tujuan/Aktiviti: KAFA Merupakan suatu program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca al-Quran serta asas-asas Fardu Ain.

Kelas ini memberikan peluang kepada anak-anak di dalam khariah kampung Sepayang mengikuti kelas kafa. Ianya adalah inisiatif pihak masjid bagi membantu meningkatkan penguasaan agama islam dalam diri kanak-kanak dan meningkatkan kesedaran dalam menghadapi cabaran pembangunan teknologi yang menjadi salah satu punca peningkatan kes keruntuhan akhlak dikalangan remaja kini. Program ini juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara para pelajar agar ukhuwah yang dibina berpanjangan.

 

Nama Program: Program bacaan Yassin dari Kumpulan Southul Hasanah & Southul Nadwah

Tarikh: 6 September 2022 (Selasa)

Masa: 2.30 Petang

Tempat: Rumah Banjir Kg Simpang Sepayang

Tujuan/Aktiviti: Program bacaan Yassin dari Kumpulan Southul Hasanah & Southul Nadwah bertujuan untuk memberkati majlis oleh tuan rumah yang menjemput dan juga merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung agar ukhuwah yang dibina berpanjangan.

  

Nama Program: Program Transformasi Desa Pahang (TERAS)

Pertandingan: Memanah Tertutup Sepayang

Tarikh: 13 November 2022 (Ahad)

Masa: 8:30 Pagi

Tempat: Dewn Serba Guna Sepayang

Tujuan/Aktiviti: Program pertandingan memanah bertujuan untuk mengiatkan lagi aktiviti sukan kepada penduduk kampung dan juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung agar ukhuwah yang dibina berpanjangan.

 
JEMPUTAN MENYERTAI FORUM ANJURAN MCMC BERTAJUK “AKSES DAN KESELAMATAN INTERNET MEMPERKASA WANITA MALAYSIA DALAM BIDANG SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN, DAN MATEMATIK”
 
Sukacita dimaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menganjurkan sebuah forum yang membincangkan kepentingan akses Internet yang selamat dan mampan bagi memastikan kanak-kanak perempuan dan belia wanita dapat meneroka dan berkembang maju dalam bidang pekerjaan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).
Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girls in ICT 2022, sebuah sambutan tahunan yang dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 11 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Malaysia meraikan inisiatif ini melalui penyelarasan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama rakan strategik dan sektor korporat.
Sehubungan itu, pihak MCMC berbesar hati menjemput penyertaan Tuan/ Puan/ Para Pegawai PEDi/ Komuniti PEDi secara atas talian pada ketetapan berikut:
 
Tajuk forum: Akses dan Keselamatan Internet Memperkasa Wanita Malaysia Dalam Bidang STEM
 
Tarikh: 27 Julai 2022
 
Masa: 2:00 tengahari – 4:30 petang
 
Lokasi: Platform Zoom & FB Live ‘KlikDenganBijak’
 
Zoom: Sila lengkapkan borang pendaftaran dan pengesahan kehadiran melalui pautan Zoom https://bit.ly/3Po0qhi sebelum atau pada Rabu 27 Julai jam 10 pagi.
 
Peserta akan mendapat perincian akses melalui emel setelah pendaftaran dibuat.