Nama Program: Kelas Pengajian Al-Quran Dan Fardhu Ain Kanak-Kanak Masjid Al-Hilal Kg Sepayang (KAFA)

Tarikh: 17 Disember 2022 (Sabtu)

Masa: 9:00 - 12: 00 T/Hari

Tempat: Masjid Al-Hilal Kg Sepayang

Tujuan/Aktiviti: KAFA Merupakan suatu program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca al-Quran serta asas-asas Fardu Ain.

Kelas ini memberikan peluang kepada anak-anak di dalam khariah kampung Sepayang mengikuti kelas kafa. Ianya adalah inisiatif pihak masjid bagi membantu meningkatkan penguasaan agama islam dalam diri kanak-kanak dan meningkatkan kesedaran dalam menghadapi cabaran pembangunan teknologi yang menjadi salah satu punca peningkatan kes keruntuhan akhlak dikalangan remaja kini. Program ini juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara para pelajar agar ukhuwah yang dibina berpanjangan.