Nama Program: Program Sambutan Maulidur Rasul 1445H Masjid Al-Hilal Kg Sepayang
 
Tarikh: 30 September 2023 (sabtu)
 
Masa: 8:00 Pagi - 1:00 Petang
 

Tempat: Masjid Al-Hilal Kg Sepayang

Anjuran: Masjid Al-Hilal Kg Sepayang dan JPKK Kg Sepayang dengan kerjasama PEDi Kg Simpang Sepayang

Tujuan/Aktiviti: Program Sambutan Maulidur Rasul 1445H Masjid Al-Hilal Kg Sepayang merupakan salah satu program tahunan untuk memperjuangkan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan juga merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli kariah dan penduduk kampung dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya pertandingan perarakan, memanah, mewarna, masakan, azan, jejak sirah, pertunjukan busana dan lain-lain lagi. Pelbagai hadiah menarik dan juga cabutan bertuah turut diadakan.

Gambar di sini

Nama Program: Program Malaysia Kita @ Komuniti Sambutan Maulidur Rasul 1444h Masjid Al-Hilal Kg Sepayang
Tarikh: 22 Oktober 2022 (sabtu)
Masa: 8:00 Pagi - 1:00 Petang

Tempat: Masjid Al-Hilal Kg Sepayang

Anjuran: Masjid Al-Hilal Kg Sepayang dan JPKK Kg Sepayang dengan kerjasama PEDi Kg Simpang Sepayang & Pejabat Penerangan Daerah Rompin.

Tujuan/Aktiviti: Program Malaysia Kita@ Komuniti Sambutan Maulidur Rasul 1444h Masjid Al-Hilal Kg Sepayang merupakan salah satu program untuk memperjuangkan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan juga merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli kariah dan penduduk kampung dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya pertandingan perarakan, memanah, mewarna, masakan dan lain-lain lagi. Pelbagai hadiah menarik dan juga cabutan bertuah turut diadakan.

   

Nama Program: Program TRASH to CASH
Tarikh: 12 September 2020 (Sabtu)
Masa: 9.00 Pagi - 12.00 T/Hari

Tempat: Balai Raya Kampung Sepayang

Anjuran: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp Cawangan Rompin dengan kerjasama JKKK Kg Sepayang, Alam Flora Rompin dan Majlis Daerah Rompin.

Tujuan/Aktiviti: Program TRASH to CASH adalah salah satu program untuk memupuk Amalan Kitar Semula Barang Terpakai terutama kepada penduduk sekitar Kg Sepayang. 

  

  

Sumber: https://www.facebook.com/mdrompin

Nama Program: Program Kibar Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan
Tarikh: 14 Ogos 2020 (Jumaat)
Masa: 2.45 Petang - 3.45 Petang

Tempat: PI Kg Simpang Sepayang

Anjuran: Pejabat Penghulu Mukim Pontian dan JKKK Kg Sepayang dengan kerjasama Pusat Internet Kg Simpang Sepayang

Tujuan/Aktiviti: Program Kibar Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan ke-63 yang mana program ini adalah penyerahan jalur gemilang kepada kedai kedai, pejabat pejabat kerajaan dan NGO.

  

   

TERKINI : 1,000 MANGSA BANJIR DI ROMPIN DIPINDAHKAN

MANGSA banjir di Rompin terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 1,003 mangsa daripada 256 keluarga dipindahkan setakat 8 pagi, hari ini.

Ia berbanding hanya 790 mangsa membabitkan 204 keluarga, petang semalam.

Menurut aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), satu lagi PPS dibuka iaitu di Balairaya Rekoh, di sini, menjadikan 10 PPS sudah dibuka.

Sebelum ini, PPS yang dibuka adalah Balairaya Lintang/ Surau Kampung Perpat; Dewan Telok Gading, Tanjung Gemok; Balairaya Kampung Sepayang; Balairaya Kampung Janglau; pusat pemindahan Banjir Kampung Setajam.

Selain itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Pianggu; Dewan Angkat Berat Rompin; SK Sarang Tiong dan Balairaya Bukit Lepas.

Semua mangsa banjir dipindahkan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggunakan lori dan bot penyelamat.

Sementara itu, laporan dikeluarkan sekretariat jawatankuasa pengurusan bencana negeri mencatatkan 15 kawasan penempatan di Rompin terjejas akibat banjir.

Sumber : Harian Metro 16 Disember 2019 @ 9:48 AM