Nama Program: Program Sukan Sekampung Kg Simpang Sepayang

Tarikh: 10 November 2019 (Ahad)

Masa: 7.30 Pagi - 6.30 Petang

Tempat: Padang Bola Sepak Kg Simpang Sepayang

Anjuran: MPKK Kg Simpang Sepayang (Biro Belia & Sukan Kg Simpang Sepayang)

Tujuan/Aktiviti: Program Sukan Sekampung Kg Simpang Sepayang telah diadakan pada 10 November 2019 (Ahad) yang dianjukan oleh MPKK Kg Simpang Sepayang (Biro Belia & Sukan Kg Simpang Sepayang). Pelbagai acara sukan yang menarik telah diadakan di samping gerai jualan. Tujuan diadakan program ini adalah untuk menjalinkan silaturrahim antara penduduk disamping menjalankan aktiviti sukan yang boleh menyihatkan tubuh badan semua peringkat umur. Hadiah menarik diberikan kepada pemenang dan juga cabutan bertuah turut diadakan. Perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penghulu Mukim Pontian.

  

 

Nama Program: Gotong Royong Perdana Peringkat Balai Raya Kg Simpang Sepayang

Tarikh: 16 Mac 2019 (Sabtu)

Masa: 8.00 Pagi - 11.00 Pagi

Tempat: Balai Raya Kg Simpang Sepayang

Anjuran: MPKK Kg Simpang Sepayang & NGO Kg Simpang Sepayang

Tujuan/Aktiviti: Program gotong royong perdana peringkat balai raya Kg Simpang Sepayang telah diadakan pada 16 Mac 2019 (Sabtu) yang mana melibatkan penyertaan dari ahli MPKK dan NGO berkaitan dengan kampung. Gtong royong ini telah membersihkan kawasan luar dan dalam balai raya. selain itu, dapat mengeratkan silaturahim antara MPKK dan penduduk kampung.

 

 

 PENTADBIRAN JKKK KG SIMPANG SEPAYANG 

Kampung Sepayang ditadbir oleh satu badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di mana seorang ketua kampung bertindak sebagai Pengerusi JKKK dan 13 ahli jawatankuasa dibawah urus tadbirnya. Kesemua ahli JKKK diberi tugas masing-masing dalam menguruskan hal pentadbiran kampung. JKKK Kampung Sepayang telah membentuk 11 Biro dan 7 Blok untuk memudahkan lagi hal pentadbiran kampung. Selain itu, ketua setiap Biro dan Blok melantik beberapa jumlah pembantu sebagai jawatankuasa kecil kampung blok tersebut. Peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah untuk memajukan dan menjaga hal ehwal keselamatan penduduk kampung ini. Organisasi seperti ini juga menjadi tunggak utama penyumbang kepada pembangunan di kawasan setempat. Hal ini kerana, ianya bukan sahaja memainkan peranan penting sebagai penasihat bagi penduduk kampung yang menghadapi masalah, malah turut juga memainkan peranan untuk menyampaikan kepada kerajaan yang memerintah tentang keperluan awam serta keselesaan penduduk. Antara aktiviti yang dijalankan oleh pihak JKKK Kg Simpang Sepayang ialah:

1. Mesyuarat Bulanan JKKK

2. Menjalankan Aktiviti bersama AJK Kampung

3. Mentadbir Hal Ehwal Kampung

4. Mengadakan pelbagai program bersama komuniti setempat

 

KETUA KAMPUNG SIMPANG SEPAYANG

EN. AZMAN BIN MOHAMMAD

Balai Raya Kg Simpang Sepayang 

26800 Kuala Rompin, Pahang

H/P: 011-31273039

 

Senarai Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sepayang (JKKK):

Daerah: Rompin

Mukim: Pontian

JKKK: Simpang Sepayang

 

 Sumber Maklumat: Maklumat asas JKKK Sepayang 1998 

Sebelum ini pertubuhan organisasi sesebuah kampung lebih dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), tetapi ianya kini dikenali sebagai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Simpang Sepayang sekarang diberi kuasa dan urusan bagi sebarang urusan petadbiran kampung yabg baru. Segala urusan pelantikan, pertukaran dan penamatan anggota MPKK ini adalah di bawah kuasa kerajaan negeri dan pentadbiran di bawahnya. 

Pada 3/1/2018, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota ​Tengku ​Abdullah Sultan Ahmad Shah ​berkenan ​melawat mangsa banjir di Kg Simpang Sepayang. Turut berangkat Tengku Puan Pahang, Tunku  Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Baginda melawat mangsa banjir di Balai Raya Kampung Sepayang dan menyerahkan sumbangan kepada mangsa mangsa banjir. Semua mangsa banjir yang terlibat telah beberapa hari berada di Balairaya Kg Simpang Sepayang sebagai tempat Pemindahan banjir. Pihak JKKK Kampung dan juga semua yang terlibat telah  bertungkus lumus dalam memastikan semua mangsa banjir berada dalam keadaan yang selamat.