Majlis Pembukaan Pantai Hiburan Kuala Rompin yang dihadiri Yang Dipertua, YH. Dato' Ahmad Nasim bin Dato' Haji Sidek dan Setiausaha Majlis Daerah Rompin bersama tetamu jemputan YB. Tuan Ir. Razali bin Kassim (Exco Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan Negeri Pahang merangkap ADUN Muadzam Shah), YB. Dato' Sri Haji Mohd Johari bin Hussain (ADUN Tioman), YH. Dato' Mohd Mazlan bin Sharudin, Pengurus Besar ECERDC Pahang bersama Pengurus Besar Perhubungan Awam, Pengurus Acara & Jenama dan Pengurus Bahagian Pelaksana Projek, Ketua Polis Daerah Rompin, Ahli-Ahli Majlis dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah.
 
Majlis Pembukaan yang disambut meriah dengan kehadiran pengunjung yang diluar jangka ramai bersama gimik dan pertunjukkan bunga api oleh pihak Majlis Daerah Rompin.
 
 
๐Ÿ๐Ÿ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐๐„๐’๐€๐‘ ๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐๐†
 
๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด merupakan negeri terletak di timur dan adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Dalam bahasa Arab, Darul Makmur membawa maksud 'tempat perlindungan yang tenang'.Ibu negeri Pahang adalah Kuantan, dan Pekan merupakan Bandar Di-Raja Pahang.Pahang terdiri daripada 11 daerah iaitu, Raub, Bentong, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan, Rompin, Cameron Highlands dan Lipis.
Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Pahang. Antaranya adalah Taman Negara, Cameron Highlands, Bukit Fraser, Bukit Tinggi, Genting Highlands dan lain-lain. Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang sedap di Cameron Highlands. cenderahati yang menarik juga terdapat di sana. bagi mendapatkan kepuasan bermain pelbagai 'indoor and ourdoor games', aokmer boleh mengujungi Kota Keriangan Genting Highland. Untuk melihat bangunan senibina British, anda boleh kunjungi Fraser Hill jika ingin melihat bangunan ala-ala Perancis anda boleh melawat Bukit Tinggi.
 
KERAJAAN PAHANG PERKASA PELANCONGAN MUSLIM, Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Cik Leong Yu Man berkata, ia bertujuan bagi menarik lebih ramai pelancong beragama Islam dari negara-negara antarabangsa khususnya Negara China.
 
 

YAB. Menteri Besar Pahang, Datoโ€™ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika Majlis Malam Penghargaan Sanjungan Budi Lambaian Kasih Tourism Pahang di Grand Patani Cafe di sini, semalam.

 

KUANTAN, 24 JANUARI 2024 : Kerajaan Negeri Pahang akan memastikan pelancongan di negeri ini menjadi lebih baik daripada sebelum ini dan dapat menarik lebih ramai pelancong.

Menurut YAB. Menteri Besar Pahang, Datoโ€™ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, ini kerana Negeri Pahang menawarkan pelbagai produk pelancongan menarik.

โ€œSaya percaya saya akan dibantu oleh YB. Leong Yu Man untuk memastikan pelancongan di Negeri Pahang ini akan menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Kita di Pahang ini sangat bertuah, sangat terkenal dengan pelbagai produk pelancongan sebab kita di Pahang ada macam-macam.

โ€œKita ada pulau yang cantik, kita ada bukit yang cantik, kita ada cuaca tanah tinggi yang tiada di negeri lain di Semenanjung, dan kita sentiasa membangun, ada pembangunan,โ€ katanya pada Majlis Malam Penghargaan Sanjungan Budi Lambaian Kasih Tourism Pahang di Grand Patani Cafe di sini, semalam.

Turut hadir, Yang DiPertua Dewan Negeri, YB. Datoโ€™ Sri Mohd Shakar Shamsuddin; YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datoโ€™ Sri Haji Zulkifli Haji Yaacob dan Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Cik Leong Yu Man.

Tambah beliau lagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka siap pada 2027 juga akan menjadi faktor penyumbang yang pertambahan pelancong di negeri ini.

Majlis berkenaan bertujuan meraikan mantan Pengerusi Tourism Pahang, YB Datoโ€™ Sri Haji Mohd Sharkar, mantan Timbalan Pengerusi Tourism Pahang, YB Datoโ€™ Sri Sh. Mohamed Puzi Sh. Ali, serta mantan-mantan Ahli Lembaga Pengarah Tourism Pahang yang telah mengangkat sektor pelancongan Pahang sehingga terkenal di seluruh dunia.

Sumber: https://pahangmedia.my/pahang-pastikan-pelancongan-negeri-ini-lebih-baik/ fbclid=IwAR3Hn5Jz3YmnUbRnQeF4Po9j8I5rtzAQHyYeBAvIyD1vUeHP1eRord-qvO0

     
 
Sawah Paya Sepayang produk pelancongan baharu daerah Udang Galah
 
Sawah Paya Sepayang seluas 280 hektar yang terletak dalam Jelapang Padi Pahang akan menjadi sawah ekslusif yang bukan sahaja mampu mampu menghasilkan sumber makanan negara tetapi juga menjadi produk pelancongan baharu di daerah ini.
Tumpuan kepada amalan pertanian lestari seperti penanaman bunga tunera dan juga ros Jepun bagi menjadi perumah pemangsa serangga perosak padi menambahkan lagi keindahan sawah berkenaan.
Dengan lokasi berhampiran dengan bandar Rompin sawah berkenaan mula dimunjungi orang ramai yang datang bersiar-siar bersama keluarga melihat pokok padi dan burung-burung liar dan melakukan aktiviti memancing ikan air tawar.
Malah sawah berkenaan juga menjadi antara lokasi berbasikal peminat aktiviti berbasikal di daerah ini.
Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Rompin, Mohd. Faizul Misran berkata, Sawah Paya Sepayang dikenalpasti untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan baharu di daerah ini.
"Pada masa ini pun boleh dikatakan hampir setiap hari ramai pengunjung yang datang ke sawah Paya Sepayang sama ada untuk bergambar, memancing dan bersiar-siar.
"Jadi kita akan berusaha mengindahkan lagi kawasan ini dan menyediakan kemudahan sesuai yang mana permulaan kita memasang papan tanda untuk pengunjung bergambar,"katanya selepas menyempurnakan pemasangan papan tanda untuk bergambar di Paya Sepayang di sini, hari ini.