Gelembung Pelancongan Hijau di Pahang dijadualkan bermula dengan Bukit Fraser seawal 8.8.2021 dan akan diikuti oleh destinasi pelancongan yang lain setelah mendapat kebenaran sepenuhnya dari Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sumber: https://www.facebook.com/MohdSharkarOfficial/photos/a.624516697673758/4000793276712733
The Holstein Milk Company atau Farm Fresh Milk Sdn Bhd merupakan syarikat yang menerajui Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) di Pahang. Penubuhan MSCRIC ini adalah sebahagian daripada srategi Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk meningkatkan taraf pendapatan rakyat dengan menambah hasil yang dinikmati oleh peladang dan usahawan tani.
Penubuhan Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) ini diterajui oleh The Holstein Milk Company atau Farm Fresh Milk Sdn Bhd dilihat mampu mentransformasikan industri perniagaan tani di Muadzam Shah, menerusi penghasilan susu segar.
Bagi memastikan susu segar dapat dinikmati segenap lapisan masyarakat hari ini, The Holstein Milk Company telah mengeluarkan jenama susu segarnya yang tersendiri iaitu Farm Fresh.
Menurut Encik Azmi B. Zainal (Pengarah Operasi) berkata, “menerusi sistem pemasaran yang unik, kini produk tersebut telah menguasai lebih 39 peratus pasaran susu segar tempatan. Jelasnya lagi, walaupun kebanyakan produk tenusu yang diimport menggunakan susu bancuhan dengan mengabungkan susu segar, susu tepung, pepejal dan pengawet di dalam produk mereka, Holstein kekal sebagai salah sebuah syarikat tenusu Malaysia yang memasarkan susu segar terus dari ladang.
Tambahnya lagi, The Holstein telah merancang untuk mempelbagaikan aktiviti di kawasan seluas 240 ekar tersebut dengan menjadikannya sebagai destinasi agro pelancongan yang menarik. Kawasan tersebut dipanggil sebagai Moorassic Park kini masih lagi dalam pembinaan yang mempunyai pelbagai kemudahan dan daya tarikan bakal diberikan kepada para pengunjung.
The Holstein Milk Company yang menghasilkan susu jenama Farm Fresh telah dianugerahkan Outstanding Dairy Farm Award dari Livestock Asia pada tahun 2015.
Antara seleksi jenama Farm Fresh yang kini berada di pasaran adalah seperti Susu Segar Farm Fresh, Susu Kurma Farm Fresh, minuman yogurt Farm Fresh (Perisa: original, manga, strawberry, peach) dan yogurt Farm Fresh (Perisa: markisa, peach)
Alamat: Plot D, Km 6, Jln Muadzam, 26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
Latitud/Logitud : 3.027386, 103.119306
No Telefon: 1-800-88-1228 / 07 2323463 / 07 2328771 / 03 80825008
Website: http://www.farmfresh.com.my
Sumber: https://www.facebook.com/pages/Kompleks-Tenusu-Muadzam-Shah-Pahang/180155475888533
https://www.facebook.com/farmfreshdairyproduce
Air terjun di Jalan Kg Jubau, Bukit Ibam, Muadzam Shah. Terletak tidak jauh dari jalan utama Muadzam - Ibam, ada 4 tingkat air terjun. Hanya perlu mendaki sikit.
Sumber: https://www.facebook.com/ILOVEPAHANG/photos/pcb.4816144748419305/4816144455086001/
Padang Tujuh adalah merupakan Hutan Yang Mempunyai Nilai Pemeliharaan Tinggi (HCVF) yang kedua telah ditubuhkan di Negeri Pahang. HCVF ini telah ditubuhkan pada tahun 2011 dan terletak di Hutan Simpan Endau serta turut berada di dalam kawasan Taman Negeri Endau Rompin. Hutan ini merupakan hutan jenis kerangas dan berada pada ketinggian kurang dari 1000 m. Keistimewaan Padang Tujuh ini adalah kerana keunikan geologinya yang mana tumbuhan-tumbuhan yang terdapat di kawasan ini berdiameter kecil, daun berkulit dan tanah hutan yang nipis dan berasid serta dilapisi batu kapur. Persekitaran kawasan ini berbeza daripada kawasan sekitarnya dan vegetasi pokok yang dijumpai juga sangat unik kerana terdapat tumbuhan seperti pokok bonsai di kawasan ini. Kebiasaannya, vegetasi tumbuhan seperti ini hanya boleh ditemui di kawasan puncak gunung seperti Gunung Tahan. Antara tarikan dan keistimewaan lain adalah terdapatnya kepelbagaian spesies periuk kera dan orkid yang dapat dijumpai di sini.
Selain itu, terdapat juga sebatang sungai yang cantik dengan air yang jernih kerana keseluruhan batu yang berada di kawasan sungai ini diliputi lumut dan kelihatan berwarna hijau. Disepanjang laluan ke Padang Tujuh juga, terdapat populasi pokok palma yang unik iaitu Johannesteysmannia altifrons yang mana saiz daun pokok palma ini mempunyai kelebaran melebihi saiz orang dewasa. Antara lainnya, disepanjang laluan ini juga dapat ditemui pokok palma spesies endemik iaitu Livistonia endauensis dan pertumbuhannya sangat dominan di kawasan ini.
Padang Tujuh ini juga telah dikelaskan di bawah HCVF 3 iaitu merupakan kawasan-kawasan hutan yang berada di dalam atau mengandungi ekosistem yang nadir, terancam atau berkeadaan bahaya dan pemilihan kawasan ini dibuat kerana ia adalah merupakan Hutan Kerangas yang jarang ditemui di Semenanjung Malaysia serta terdapatnya kepelbagaian ekosistem serta landskap yang menarik di kawasan tersebut. Bagi memastikan HCVF ini dapat diuruskan dan dipantau dengan lebih sistematik, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mengambil inisiatif dengan menghasilkan Rancangan Pengurusan Kawasan Hutan Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi (HCVF), Padang Tujuh, Rompin Pahang Darul Makmur. Daripada rancangan pengurusan ini, pelbagai strategi telah dirancang bagi memastikan kepelbagaian biologi yang terdapat di kawasan ini dapat diuruskan dengan baik dan terancang
Sumber: http://forestry.pahang.gov.my/images/stories/hcvf/Padang-Tujuh-2013.pdf