๐ญ๐ฐ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ต, ๐ฃ๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ถ ๐๐ฒ๐ฟ๐ป๐ฎ๐, ๐ฅ๐ผ๐บ๐ฝ๐ถ๐ป - Perasmian dan pelepasan peserta pertandingan Royal Pahang International Billfish Challenge 2019 telah berlangsung dengan jaya nya di Jeti Kampung Pantai Bernas, Kuala Rompin. Majlis ini dirasmi dan dilepaskan oleh Yang Berbahagia Datin Sri Norfaliza Binti Ismail, Ketua Unit Khas Tahun Melawat Malaysia 2020, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada jam 8.30 pagi.
Turut hadir bersama Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Pahang, Yang Hormat Dato' Haji Idros Bin Yahya serta Yang Berhormat IR Razali Bin Kassim, Ahli Dewan Negeri Kawasan Muadzam Shah bersama-sama Penghulu Mukim Rompin, Ketua-Ketua Jabatan di Daerah Rompin dan agensi media tempatan dan antarabangsa.
Kejohanan yang kini dianjurkan buat kali ke lima belas merupakan acara tahunan anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Pahang melalui agensinya Tourism Pahang dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Tioman (TDA).
Seramai kira-kira lebih 600 orang hadir memeriahkan majlis ini yang terdiri daripada peserta-peserta Royal Pahang International Billfish Challenge, penduduk-penduduk sekitar Mukim Rompin dan juga warga Daerah Rompin.
Pertandingan ini dianjurkan setiap tahun bagi menggalakkan pelancong hadir ke Negeri Pahang dan memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mempromosikan keindahan kawasan mereka disamping menjana pendapatan melalui jualan produk tempatan.
Hadiah menarik ditawarkan kepada pemenang antara nya Wang Tunai bernilai RM 20 000 bagi kumpulan yang mendapat tempat pertama.
Laporan oleh, Muhammad Fakhri Bin Md Nor, Pejabat Penerangan Daerah Rompin
Video oleh, T. Mohd Fadir Bin T. Mohd Yusof, Pejabat Penerangan Daerah Rompin
Rantau D'Rhu Beach Chalet terletak di Kg Rantau Panjang yang mana merupakan salah sebuah tempat yang berhampiran dengan Kuala Rompin. Rantau D'Rhu Beach Chalet merupakan salah satu destinasi pelancongan kepada mereka yang inginkan kawasan menginap di tepi pantai. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan antaranya Hari keluarga, aktiviti sukan dan permainan, berkelah, mandi manda semasa musim yang sesuai, memancing, bbq dan pelbagai aktiviti lain. Menawarkan penginapan jenis Chalet dengan harga yang berpatutan disamping restoren lebih menarik minat pelancong untuk berkunjung ke sini.
Alamat: Rantau D'Rhu Beach Chalet, Kg Rantau Panjang, 26800 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur.
Latitud/Logitud : 2.8641225,103.3826392
Untuk tempahan: 09-4142163
Sumber: https://foursquare.com/v/rantau-drhu-beach-chalet/4dbc39ce1e72b351caaccda0
Kuala Pontian merupakan salah sebuah tempat yang berhampiran dengan Kuala Rompin. D' Kuala Water Front terletak berdekatan dengan Muara Sungai Pontian yang mana terdapat pelbagai kemudahan serta boleh menjalankan pelbagai aktiviti seperti Memancing, Menjala Ikan, dan Menaiki Bot untuk pergi memancing di tempat tempat yang sesuai. D' Kuala Water Front menyediakan 6 buah chalet dengan kadar sewa RM70 / RM100 semalaman. Chalet ini terletak hanya 15 minit dari Bandar Kuala Rompin dan berhadapan dengan Sungai Pontian dan Jeti Memancing.
Alamat: DโKuala Water Front, Kg. Kuala Pontian, 26800 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur.
Kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:
โ 6 unit chalet
โ berhawa dingin
โ peralatan memasak
โ tv
โ peralatan BBQ
โ balai untuk kegiatan berkumpulan
Untuk tempahan, bolehlah hubungi Puan Rokiah di talian 019-9894817 / 011-33109732 / 012-9283023
Sumber: https://kelabhomestayrompin.wordpress.com/2015/06/02/dkuala-water-front-rm70-rm100/
Mungkin tidak terkenal seperti bukit-bukit lain yang menjadi lokasi aktiviti mendaki dalam negara, namun ia tetap memiliki keistimewaan tersendiri perlu dicuba penduduk tempatan atau pengunjung yang datang ke daerah Rompin. Bukit Mesah yang terletak di Kampung Bangkong, di sini, cukup sesuai bagi individu baru berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki dan juga sesuai bagi yang memilih mendaki bersama keluarga. Ia boleh dilihat dengan jelas dari jalan utama Kuala Rompin - Muadzam Shah dan lokasinya tidak jauh dari Bandar Kuala Rompin. Laluan untuk sampai ke puncak bukit masih terpelihara selain ada beberapa bahagian yang agak curam mencabar. Bagaimanapun, tiada ukuran tepat mengenai ketinggian bukit namun secara purata pendaki boleh sampai di puncak dalam masa 1 jam. Persatuan Belia Sinar Harapan Kampung Bangkong dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sekarang dikenali sebagai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam usaha menjadikan bukit itu sebagai satu daya tarikan. Aktiviti menyusur jalan melalui laluan digunakan Orang Asli dan laluan lama orang terdahulu ketika mendaki bukit itu dilakukan persatuannya bersama JKKK sejak tahun lalu. Kalau orang tanya bagaimana bentuk bukit ini, saya katakan ia lebih kurang macam Bukit Pelindung di Kuantan, cuma ia masih belum diterokai dan kita mahu ia kekal begitu.โPihak JKKK bersama persatuan belia memang merancang untuk memajukan bukit ini sebagai lokasi tarikan baru yang menawarkan pemandangan alam semula jadi sepanjang laluan hingga ke puncak,โ katanya kepada Sinar Harian.
Beliau yang juga Setiausaha JKKK Bangkong berkata, setakat ini mereka memantau kawasan bukit itu supaya ia tidak diceroboh dan bakal menjadi lokasi memburung seperti hasil perbincangan dengan Adun Muadzam Shah, Datuk Seri Maznah Mazlan sebelum ini. Tambahnya, bukan sekadar kepuasan mendaki, individu atau kumpulan yang berjaya sampai di puncak Bukit Mesah turut disajikan dengan pemandangan Kuala Rompin dan Laut Cina Selatan. Bila sampai puncak kita boleh lihat Bandar Kuala Rompin dan Laut Cina Selatan dengan syarat cuaca ketika itu cerah serta tidak berkabus. Pemandangan Laut Cina Selatan dan Kuala Rompin dari puncak Bukit Mesah. Akan datang, kami merancang untuk berkhemah dan tidur di puncak Bukit Mesah. Jika ada yang berminat untuk mendaki boleh berhubung dengan JKKK atau persatuan belia bagi urusan jurupandu arah,โ katanya. Dalam pada itu, seorang penduduk Kuala Rompin, Mohd Saifudien Rusdi, 30, mengakui aktiviti mendaki Bukit Mesah agak mencabar bagi individu yang baru dalam aktiviti lasak itu. Bagaimanapun, ia bukanlah bukit hardcore yang kebiasaan menjadi sasaran pendaki profesional kerana tetap sesuai bagi tujuan aktiviti mendaki bersama keluarga. Walaupun nampak biasa namun tetap mencabar kerana ada ahli kumpulan wanita yang mendaki bersama saya semalam (kelmarin) ini nyaris pengsan. Agak tertekan juga untuk sampai ke puncak namun bila dah sampai rasa puas sebab dapat tengok pemandangan kawasan Kuala Rompin dan laut, katanya. Mengakui ada potensi untuk dikomersialkan, Mohd Saifudien turut teruja melihat tumbuhan yang digunakan untuk perubatan tradisional yang hidup di puncak bukit. Sebagai penduduk tempatan saya memang menyokong usaha mengkomersialkan Bukit Mesah sebagai daya tarikan baharu dalam masa sama memelihara alam semula jadinya,โ katanya.
Sementara itu, Pegawai Perpaduan Daerah Rompin, Azlinda Hariani Zaid, yang turut menyertai aktiviti mendaki Bukit Mesah, kelmarin bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Baru Rompin turut mengakui bukit berkenaan adalah lokasi menarik. Laluan dari bawah hingga puncak masih terpelihara dan terdapat beberapa bahagian curam yang agak menguji kemampuan. Jika tengok macam tak tinggi tapi bila mula mendaki baru rasa kesukarannya terutama yang dah lama tak mendaki atau yang baru mencuba aktiviti ini. Pendaki terdiri daripada pelbagai peringkat umur kerana ia sesuai untuk aktiviti mendaki bersama keluarga. Kepenatan mendaki semuanya hilang bila sampai di puncak sebab dapat lihat pemandangan yang cantik,โ katanya. Beliau turut menyarankan agar Bukit Mesah dipromosikan sebagai daya tarikan baharu di Rompin selain meletakkan papan tanda yang memaparkan ketinggian bukit untuk pendaki bergambar
Sumber:
http://portal.sinarharian.com.my/index.php/author/webadmin/page/3802/
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=445374849341399&set=pcb.445376152674602&type=3&theater
PMS Jenggo Hunter merupakan salah satu kawasan berhampiran sungai yang terletak di Rumah Banjir Kg Simpang Sepayang yang mana menyediakan perkhidmatan sewaan bot dan enjin fiber untuk mereka yang gemarkan aktiviti memancing ikan atau udang galah. Menurut pemilik kawasan, Pn Mila, beliau memberitahu kadar sewaan yang ditawarkan ialah antara RM60-RM80. Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi maklumat seperti di bawah:
Hubungi/Whatsapp: Pn Mila - 019-9681734, En Iyzer - 019-7851980
Facebook: PMS Jenggo Hunter Kuala Rompin
Alamat: Teratak Busu Nah, Rumah Banjir, Kg Simpang Sepayang, 26800 Kuala Rompin, Pahang