𝟭𝟰 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟭𝟵, 𝗣𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗕𝗲𝗿𝗻𝗮𝘀, 𝗥𝗼𝗺𝗽𝗶𝗻 - Perasmian dan pelepasan peserta pertandingan Royal Pahang International Billfish Challenge 2019 telah berlangsung dengan jaya nya di Jeti Kampung Pantai Bernas, Kuala Rompin. Majlis ini dirasmi dan dilepaskan oleh Yang Berbahagia Datin Sri Norfaliza Binti Ismail, Ketua Unit Khas Tahun Melawat Malaysia 2020, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada jam 8.30 pagi.
Turut hadir bersama Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Pahang, Yang Hormat Dato' Haji Idros Bin Yahya serta Yang Berhormat IR Razali Bin Kassim, Ahli Dewan Negeri Kawasan Muadzam Shah bersama-sama Penghulu Mukim Rompin, Ketua-Ketua Jabatan di Daerah Rompin dan agensi media tempatan dan antarabangsa.
Kejohanan yang kini dianjurkan buat kali ke lima belas merupakan acara tahunan anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Pahang melalui agensinya Tourism Pahang dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Tioman (TDA).
Seramai kira-kira lebih 600 orang hadir memeriahkan majlis ini yang terdiri daripada peserta-peserta Royal Pahang International Billfish Challenge, penduduk-penduduk sekitar Mukim Rompin dan juga warga Daerah Rompin.
Pertandingan ini dianjurkan setiap tahun bagi menggalakkan pelancong hadir ke Negeri Pahang dan memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mempromosikan keindahan kawasan mereka disamping menjana pendapatan melalui jualan produk tempatan.
Hadiah menarik ditawarkan kepada pemenang antara nya Wang Tunai bernilai RM 20 000 bagi kumpulan yang mendapat tempat pertama.
Laporan oleh, Muhammad Fakhri Bin Md Nor, Pejabat Penerangan Daerah Rompin
Video oleh, T. Mohd Fadir Bin T. Mohd Yusof, Pejabat Penerangan Daerah Rompin