LOKASI

Kampung Simpang Sepayang merupakan salah satu kampung yang cemerlang dalam Daerah Rompin. Kampung ini seluas 1416.1 hektar berada di Mukim Pontian dan terletak sejauh 7 Kilometer dari Bandar Rompin. Kampung Sepayang juga berada di laluan utama Kuantan - Johor Bahru. Lokasi Kg Simpang Sepayang berhampiran dengan kawasan bandar Rompin telah memudahkan urusan komuniti setempat. Mukim Pontian ini dibahagikan kepada beberapa kampung iaitu:

1. Kg Janglau

2. Kg Pontian

3. Kg Sepayang

4. Kg Bukit Serdang

5. Kg Sepakat

 

              Rajah: Peta Kg Simpang Sepayang

TABURAN PENDUDUK

Penduduk Kampung Simpang Sepayang adalah seramai 1800 orang, yang majoritinya adalah kaum Melayu. Namun begitu, terdapat juga kaum lain yang menjadi penduduk minoriti di sini. Taburan penduduk yang agak ramai ini menjadikan Kampung Simpang Sepayang sentiasa berada dalam keadaan aman dan harmoni. Berikut adalah taburan penduduk yang terdapat di Kampung Simpang Sepayang.

UMUR/TAHUN

JUMLAH

Kurang dari 12 tahun

250

12 hingga 17 tahun

300

18 hingga 25 tahun

300

26 hingga 40 tahun

400

41 hingga 58 tahun

300

58 tahun ke atas

250

JUMLAH KESELURUHAN

1800

STATISTIK PEKERJAAN

Kebanyakan penduduk kampung ini melakukan kerja-kerja sendiri/kampung seperti bersawah, petani, nelayan dan lain-lain. Oleh yang demikian, peratus dari statistik pekerjaan menunjukkan petani adalah pekerjaan utama penduduk Kampung Simpang Sepayang. Peratus pekerjaan penduduk keseluruhannya adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:

JENIS PEKERJAAN

JUMLAH

KERAJAAN

5.7%

SWASTA

9.9%

PETANI

63.1%

NELAYAN

6.5

SENDIRI/PESARA

14.8%

JUMLAH KESELURUHAN

100%

KAMPUNG SEKITAR

Kampung Sepayang merupakan kampung induk dan di sekelilingnya terdapat beberapa kampung terdekat seperti berikut:

   1. Kampung Feri

   2. Kampung Hijrah

   3. Kampung Simpang Sepayang

   4. Kampung Kerpal

   5. Rancangan Penempatan Semula Banjir ( Rumah Banjir)

Kampung Sepayang bersempadankan Sungai Pontian di sebelah Timur, Kampung Serdang di bahagian Barat , Kampung Sepakat di bahagian Utara dan bersempadankan Kampung Parit Raja di sebelah Selatan. Antara kampung-kampung yang terdapat disekitar Kampung Sepayang ialah:

   1. Kampung Parit Raja

   2. Kampung Bukit Serdang

   3. Kampung Sepakat

   4. Kampung Janglau

   5. Felda Selendang

BADAN-BADAN KEBAJIKAN/NGO

Terdapat Badan-badan Kebajikan/NGO yang terdapat di Kampung Simpang Sepayang, antaranya ialah: 

1. Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK)

2. Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Simpang Sepayang

3. Persatuan Ibu Tunggal

4. Persatuan Nelayan Air Tawar

5. Kelompok Padi Paya Sepayang

6. Perpustakaan Desa Simpang Sepayang

7. Kelab Belia Bersatu Sepayang (KBBS)

Sumber maklumat: Abu Bakar Ibrahim, Maklumat Asas JKKK Sepayang 1998.

AHLI PARLIMEN/ADUN KAWASAN

AHLI PARLIMEN DAERAH ROMPIN

 

YB. DATO' ABDUL KHALIB BIN ABDULLAH DIMP; PPN; AP

Alamat: 22-1, Jalan Makmur 1, Presint Niaga, Bandar Satelite, 26700 Muadzam Shah, Pahang

Tel : 
Faks:

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sumber Maklumat: https://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=4130&_print=true

ADUN TIOMAN

YB. KAPT.(B) DATO' SRI HJ. MOHD. JOHARI B. HJ. HUSSAIN, DIMP., PPA.,SSAP.

Pejabat Ahli MMK
Aras 3, Blok B, Wisma Sri Pahang, 
25503 Kuantan, Pahang


Tel. Pejabat : 09-5126603

Faks : 09-5161753

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
           Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sumber Maklumat: http://pdtrompin.pahang.gov.my/index.php/profil-daerah/latarbelakang/adun/4-yb-kapt-b-dato-hj-mohd-johari-b-hj-hussain-dimp

 PEGAWAI DAERAH ROMPIN

 

TUAN AHMAD NASIM BIN DATO` HAJI MOHD SIDEK

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Blok A,

26800 Kuala Rompin,

Pahang Darul Makmur.

No.Tel Pejabat: 09-4146677-6688

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sumber Maklumat: http://www.mdrompin.gov.my/ms/mdr/pengurusan/profil-ydp

PEMANGKU PENGHULU MUKIM PONTIAN

 

IKHWAN IFANDI BIN MUSTARI ANUAR
Pemangku Penghulu Mukim Pontian

Kompleks Penghulu Mukim Pontian

26800 Kuala Rompin Pahang

No. Telefon Pejabat: 09-4147591

Sumber Maklumat: http://pdtrompin.pahang.gov.my/index.php/ms/profail-daerah/penghulu/51-malay-root/profil