Minggu ini ramai perantau yang akan memandu pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga tersayang.
Sepanjang musim perayaan dan percutian ini, pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan tenang ketika pemanduan. Patuhi had laju dan tidak tergesa-gesa supaya emosi anda tidak mudah terganggu dengan sekeliling yang mungkin boleh menyebabkan anda hilang sabar.

Pastikan anda rancang perjalanan sebelum memulakan pemanduan dan berhenti di Kawasan Rehat dan Rawat jika perlu. Semoga anda semua selamat tiba ke kampung halaman masing-masing.

Sumber: https://www.facebook.com/search/top?q=kementerian%20kesihatan%20malaysia

Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa lazim dalam kalangan pesakit sakit tulang belakang. Antara punca-punca slipped disc adalah proses penuaan pada cakera tulang belakang, faktor mekanikal dan trauma. Selalunya pesakit akan mengadu sakit belakang dan jika ia teruk pesakit akan mengadu kebas pada bahagian kaki. Malah kaki juga boleh menjadi lemah ataupun lumpuh jika keadaan slipped disc tersebut semakin teruk. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah mencegah slipped disc seperti yang dikongsikan.

Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=948194840155875&set=a.144322397209794

Proses penuaan menyebabkan perubahan fungsi tubuh. Pemakanan merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh warga emas bagi mengekalkan berat badan ideal dan memperoleh nutrien yang diperlukan.

Oleh itu, warga emas disarankan untuk memilih makanan yang lebih sihat bagi memastikan kesihatan yang optimum sehingga akhir hayat.

KKM menyeru orang ramai termasuk warga emas agar mengamalkan pemakanan sihat demi menjamin kesihatan.

Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=754506650044674&set=a.221890939972917