September adalah Bulan Kesedaran Pulmonary Fibrosis.

'Pulmonary' bermaksud paru-paru, manakala 'fibrosis' adalah tisu parut. Tisu parut ini adalah sama dengan parut yang berlaku di kulit atau bekas luka pembedahan. Dalam bahasa mudah, PF adalah penyakit paru-paru berparut.

Ia merupakan penyakit di mana terdapat parut di dalam paru-paru yang menyebabkan kesukaran untuk oksigen menyerap dalam kantung udara di dalam paru-paru ke saluran kapilari darah.

Tahap keterukan parut akan menyebabkan tahap oksigen dalam badan menjadi rendah. Sekiranya keadaan ini berterusan, individu yang menghidap PF akan mengalami kegagalan pernafasan.

Sumber: Portal Myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia / https://www.facebook.com/jknphg/photos/a.697979970221214/5840708815948278

 

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim akan menyebabkan demam selesema yang ringan pada kebanyakan individu.

Namun, ia boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti: kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan sebagainya.

Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian.Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza, segera dapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk.

Sumber: https://www.facebook.com/jknphg/photos/a.697979970221214/5736413386377822/

 

 

Penyakit jarang jumpa adalah penyakit yang mempunyai kekerapan berlaku kurang 1 dalam 4,000 orang.

Dikongsikan definisi dan kriteria kemasukkan penyakit dalam senarai penyakit jarang jumpa di Malaysia.

Sumber: https://www.facebook.com/photo?fbid=401974251964584&set=a.221890939972917

 

      
 
Kebanyakan simptom selesema, Influenza-Like-Illness (ILI) dan COVID-19 adalah sama.
ILI - demam secara tiba-tiba dan suhu tinggi melebihi 38 darjah celsius.
Selesema - jarang menyebabkan demam namun jika demam, suhu tidak tinggi.
COVID-19 - boleh menyebabkan kehilangan deria rasa dan bau.
Warga emas, individu yang mempunyai komorbid, ibu mengandung dan kanak-kanak merupakan golongan berisiko jika dijangkiti COVID-19 namun ibu mengandung dan kanak-kanak mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan teruk sekiranya dijangkiti Influenza.
Cara penularan ketiga-tiga penyakit ini adalah sama iaitu melalui titisan pernafasan semasa batuk atau bersin dan sentuhan tangan dengan barang yang dicemari oleh cecair dari hidung dan tekak.
Amalkan langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, cuci tangan dan jaga kebersihan diri dan persekitaran bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit-penyakit ini.