Proses penuaan menyebabkan perubahan fungsi tubuh. Pemakanan merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh warga emas bagi mengekalkan berat badan ideal dan memperoleh nutrien yang diperlukan.

Oleh itu, warga emas disarankan untuk memilih makanan yang lebih sihat bagi memastikan kesihatan yang optimum sehingga akhir hayat.

KKM menyeru orang ramai termasuk warga emas agar mengamalkan pemakanan sihat demi menjamin kesihatan.

Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=754506650044674&set=a.221890939972917

 

Elak penyakit bawaan air dan makanan semasa banjir. Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran. Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan.

Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=659515486330424&set=a.172616091687035

Berikut merupakan golongan yang berisiko tinggi mendapat kesan buruk semasa jerebu

➡️ Warga emas
➡️ Kanak-kanak
➡️ Perokok
➡️ Mereka yang sentiasa bekerja di persekitaran terbuka
➡️ Pesakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung dan alahan

Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=627837839498189&set=a.172616091687035

Kekal sihat semasa jerebu. Gunakan pelitup muka yang bersesuaian semasa jerebu. Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan jika tidak sihat.

Sumber: https://www.facebook.com/photo?fbid=641236548158318&set=a.172616091687035

 

Burnout adalah sindrom yang disebabkan oleh stres di tempat kerja yang kronik dan tidak ditangani dengan baik. Terdapat tiga gejala anda mungkin mengalami burnout iaitu:

1. Perasaan keletihan yang melampau dan tidak berupaya
2. Perasaan negatif terhadap kerja yang dilakukan
3. Penurunan tahap kualiti kerja

Dikongsikan tip yang anda boleh amalkan untuk mengatasi burnout.

Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=685698820258791&set=a.221890939972917