Sentiasa waspada dan amalkan kawalan kendiri terutama di kawasan sesak dan sempit.

Kita juga perlu memastikan bahawa amalan kehidupan mengikut norma baharu diteruskan selagi wujud ancaman wabak COVID-19 ini.

Risiko jangkitan COVID-19 lebih tinggi apabila seseorang batuk, bersin atau bercakap dalam jarak dekat.

Jarak fizikal lebih dari 1 meter boleh mengurangkan jangkitan COVID-19 dan setiap meter tambahan jarak boleh menggandakan perlindungan.

Pakai pelitup muka dengan sempurna dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Elak bersalaman atau bersentuhan.

Dapatkan rawatan segera jika bergeja.

Putuskan Rantaian COVID-19.

JANGAN MENJANGKITI DAN JANGAN DIJANGKITI.

Sumber: https://www.facebook.com/jknphg/photos/a.697979970221214/4878648362154333/

Siapa yang perlu menjalani ujian kendiri COVID-19?
Individu dan kontak rapat yang bergejala perlu menjalani ujian kendiri COVID-19.
Kit Ujian Kendiri COVID-19 merupakan satu ujian saringan yang dapat mengesan status COVID-19 dengan mudah dan cepat. Penggunaan kit ini boleh dilakukan sendiri oleh semua individu tanpa mengira status individu berkenaan sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Sekiranya keputusan positif segera pergi ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), klinik kesihatan, berhampiran bagi penilaian kesihatan selanjutnya. Bawa bersama bukti keputusan Kit Ujian Kendiri.
Sehingga 13 Ogos 2021, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (Medical Device Authority - MDA) telah meluluskan 11 Kit Ujian Kendiri COVID-19 ini yang menggunakan samada sampel saliva (air liur) atau sampel nasal swab.
Dapatkan senarai kit ujian yang telah diluluskan oleh MDA di https://portal.mda.gov.my/.../631-self-test-covid-19-test...
 
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia, https://www.facebook.com/jknphg

Sejumlah RM940 juta telah diagihkan ke semua jabatan kesihatan negeri bagi perolehan antaranya peralatan perubatan dan bukan perubatan serta naik taraf hospital selepas penukaran status kepada Hospital COVID-19.

Sumber:https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/

Kenali tanda-tanda orang dewasa yang dijangkiti COVID-19.

Semua orang tidak terkecuali dari jangkitan penyakit yang boleh membawa maut ini.

Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala berikut:

1. Demam berpanjanggan.
2. Kelesuan bertambah teruk.
3. Kesukaran bernafas.
4. Sakit dada.
5. Bibir atau jari kebiruan.
6. Tidak boleh mengambil makanan atau minuman melalui mulut.
7. Batuk, muntah atau cirit birit yang semakin teruk serta kencing kurang.

Segera dapatkan rawatan jika mengalami gejala seperti di atas.

Sentiasa patuh SOP dan amalkan norma baharu yang ditetapkan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Sumber: https://www.facebook.com/jknphg/photos/a.697979970221214/4487888714563635/