Siapa yang perlu menjalani ujian kendiri COVID-19?
Individu dan kontak rapat yang bergejala perlu menjalani ujian kendiri COVID-19.
Kit Ujian Kendiri COVID-19 merupakan satu ujian saringan yang dapat mengesan status COVID-19 dengan mudah dan cepat. Penggunaan kit ini boleh dilakukan sendiri oleh semua individu tanpa mengira status individu berkenaan sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Sekiranya keputusan positif segera pergi ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), klinik kesihatan, berhampiran bagi penilaian kesihatan selanjutnya. Bawa bersama bukti keputusan Kit Ujian Kendiri.
Sehingga 13 Ogos 2021, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (Medical Device Authority - MDA) telah meluluskan 11 Kit Ujian Kendiri COVID-19 ini yang menggunakan samada sampel saliva (air liur) atau sampel nasal swab.
Dapatkan senarai kit ujian yang telah diluluskan oleh MDA di https://portal.mda.gov.my/.../631-self-test-covid-19-test...
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia, https://www.facebook.com/jknphg