Penangguhan Tarikh Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM Bagi Latihan Praperkhidmatan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Tahun 2024.

Tarikh Permohonan: Akan dimaklumkan semula kemudian

Maklumat lanjut layari pautan berikut:
https://mypdpp.moe.gov.my

Sumber: https://www.facebook.com/photo?fbid=812912107530566&set=a.227346979420418

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk terus memperkasakan sistem prasekolah. Usaha untuk menyelaras sistem prasekolah telah bermula dengan penubuhan jawatankuasa pasukan petugas khas yang bertanggungjawab memastikan kurikulum dan semua perkara berkaitan dapat diselaraskan dengan berkesan. Keciciran murid perlu ditangani seawal peringkat prasekolah. Justeru, KPM sentiasa berusaha memperluaskan prasekolah untuk memberi peluang kepada lebih ramai murid mendapatkan pendidikan awal yang berkualiti. Pada tahun 2023, peluasan kelas prasekolah baharu di seluruh negara adalah sebanyak 119, manakala pada tahun 2024, peluasan kelas adalah sebanyak 129. Pada waktu ini terdapat sejumlah 9909 kelas prasekolah KPM di seluruh negara yang memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang murid. Semua murid prasekolah KPM mendapat faedah daripada inisiatif Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) yang bertujuan untuk mengatasi isu malnutrisi dan kemiskinan multidimensi.

Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=790651123089998&set=a.227346989420417

 

Selari dengan keperluan semasa, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan “Kurikulum Persekolahan 2027”, satu usaha untuk merevolusi dan menambahbaik sistem pendidikan di Malaysia.

Kurikulum persekolahan 2027 akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu bermula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada 2027, manakala bagi murid prasekolah, ia akan diperkenalkan pada 2026.

Rekabentuk kurikulum baru ini akan menggabungkan kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berorientasikan kompetensi yang menggalakkan pembelajaran aktif murid, menyediakan pengalaman pembelajaran dan penilaian yang lebih autentik serta bermakna.

7 TERAS BAKAL DIPERKENALKAN DALAM KERANGKA KURIKULUM 2027
Kementerian Pendidikan (KPM) melalui menterinya, Fadhlina Sidek, telah membentangkan Tahap Persekolahan dan Fokus Kurikulum 2027 bagi murid Prasekolah, Tahap 1, Tahap 2, Tahap 3, Menengah Rendah dan Menengah Atas. Huraiannya adalah seperti poster di atas.

Sumber: https://ecentral.my/kurikulum-persekolahan-2027/