GRADUATE EXCELLENCE PROGRAMME (GrEP) MARA 2022

MARA menawarkan Graduate Excellence Programme (GrEP) iaitu program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah bagi pelajar ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang.

Tarikh Permohonan GrEP MARA 2022

Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 5 September 2022 (Isnin) hingga 22 September 2022 (Khamis).

Syarat Umum Permohonan

  1. Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2022:
    • SARJANA
      • Dalam Negara : <40 tahun
      • Luar Negara : <35 tahun
    • Doktor Falsafah
      • Dalam Negara : <45 tahun
      • Luar Negara : <40 tahun
  3. Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang (Rujuk syarat kelayakan akademik).
  4. Tempoh Pinjaman GrEP MARA

Tempoh pinjaman (maksimum) bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:

  • Sarjana : 2 tahun
  • Doktor Falsafah : 4 tahun
  • Cara Memohon

Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Sumber: https://www.semakan.online/grep-mara/