INFO KPM: Program Gotong-Royong Madani Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023 sedang berlangsung dari Julai-September 2023 yang melibatkan lebih 10,000 buah sekolah di seluruh negara.

Pelaksanaan program ini adalah berdasar kepada peruntukan RM20 juta yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu pembentangan Belanjawan 2023.

Semoga program yang sedang dilaksanakan di semua sekolah KPM seluruh negara ini dapat meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah, mengeratkan kerjasama antara sekolah dan komuniti dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

KPM menggalas tanggungjawab memupuk nilai murni dalam kalangan murid seperti semangat bekerjasama, bertolak ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Nilai-nilai murni ini diterjemahkan menerusi program gotong-royong yang sedang berjalan.

Peranan sekolah tidak terbatas kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah sahaja. Sekolah juga punya peranan penting sebagai sebuah institusi sosial yang membangunkan modal insan untuk merealisasikan hasrat Malaysia MADANI yang mapan.

Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=670056315149480&set=a.227346979420418

KAUNTER RUNDING CARA & KONSULTASI UPUONLINE®️

7 - 14 JULAI 2023 (HARI BEKERJA SAHAJA) | JAM 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

BERTEMPAT : RUANG LOBI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI, NO.2, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 6, PUTRAJAYA

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi melalui:-

🔴 Hotline UPU: 03-86842363
🔴 Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
🔴 E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
🔴 UPUChat: https://upuchat.org/

Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=671929081640045&set=a.229511449215146

PERMOHONAN PROGRAM GENIUS NEGARA DIBUKA

Permohonan untuk menyertai Program GENIUS Negara di Pusat Anak GENIUS untuk tahun kemasukan 2024 bermula 1 Jun hingga 30 september 2023. Program ini merupakan program pendidikan awal kanak-kanak untuk anak-anak bermula 0 hingga 4 tahun dengan menyasarkan anak-anak daripada keluarga yang tergolong dalam kumpulan B40.

pautan borang dan maklumat : https://drive.google.com/.../1mV...

Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=640844934737285&set=pb.100064353532657.-2207520000.&type=3