Selari dengan keperluan semasa, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan “Kurikulum Persekolahan 2027”, satu usaha untuk merevolusi dan menambahbaik sistem pendidikan di Malaysia.

Kurikulum persekolahan 2027 akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu bermula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada 2027, manakala bagi murid prasekolah, ia akan diperkenalkan pada 2026.

Rekabentuk kurikulum baru ini akan menggabungkan kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berorientasikan kompetensi yang menggalakkan pembelajaran aktif murid, menyediakan pengalaman pembelajaran dan penilaian yang lebih autentik serta bermakna.

7 TERAS BAKAL DIPERKENALKAN DALAM KERANGKA KURIKULUM 2027
Kementerian Pendidikan (KPM) melalui menterinya, Fadhlina Sidek, telah membentangkan Tahap Persekolahan dan Fokus Kurikulum 2027 bagi murid Prasekolah, Tahap 1, Tahap 2, Tahap 3, Menengah Rendah dan Menengah Atas. Huraiannya adalah seperti poster di atas.

Sumber: https://ecentral.my/kurikulum-persekolahan-2027/

 

Semakan Penempatan Dan Proses Pengesahan Penempatan bagi Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025 boleh dibuat mulai 01 OKTOBER 2023.
 
Mohon ibu bapa yang mempunyai anak yang akan memasuki Darjah 1 Sesi Akademik 2024/2025, sila ambil maklum berkaitan tarikh-tarikh penting untuk membuat semakan dan cetakan surat penempatan anak Tuan/Puan.
 
Surat penempatan ini perlu dibawa bersama sewaktu mendaftar anak anda pada bulan Februari 2024 nanti.
 
Rayuan penempatan boleh dibuat secara online dan berhubung terus dengan Sektor Pengurusan Sekolah JPN Kelantan sahaja. Tuan/Puan tidak perlu hadir ke pejabat sekolah untuk urusan rayuan ini.
 
Rujuk cara semakan online di komen.
 

INFO KPM: Program Gotong-Royong Madani Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023 sedang berlangsung dari Julai-September 2023 yang melibatkan lebih 10,000 buah sekolah di seluruh negara.

Pelaksanaan program ini adalah berdasar kepada peruntukan RM20 juta yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu pembentangan Belanjawan 2023.

Semoga program yang sedang dilaksanakan di semua sekolah KPM seluruh negara ini dapat meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah, mengeratkan kerjasama antara sekolah dan komuniti dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

KPM menggalas tanggungjawab memupuk nilai murni dalam kalangan murid seperti semangat bekerjasama, bertolak ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Nilai-nilai murni ini diterjemahkan menerusi program gotong-royong yang sedang berjalan.

Peranan sekolah tidak terbatas kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah sahaja. Sekolah juga punya peranan penting sebagai sebuah institusi sosial yang membangunkan modal insan untuk merealisasikan hasrat Malaysia MADANI yang mapan.

Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=670056315149480&set=a.227346979420418