JOM RAKYAT PAHANG❗

Jom daftar vaksinasi COVID-19 melalui Aplikasi MySejahtera.

Jika tiada aplikasi MySejahtera, boleh gunakan salah satu kaedah berikut:

Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang (SICP) https://vaksin.pahang.gov.my
Laman sesawang vaksincovid.gov.my
Hotline 1800-888-828

Daftar segera bagi mendapatkan tarikh janji temu suntikan vaksin COVID-19.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Gerakan Imunisasi COVID-19 Negeri Pahang.

Sumber: https://www.facebook.com/jknphg/photos/a.697979970221214/4288723617813480/

TAHUKAH ANDA

Keberkesanan vaksin bermaksud peratus (%) jangkitan baru yang dapat dielakkan dalam kalangan kumpulan penerima vaksin.

Sebagai contoh, sekiranya keberkesanan vaksin adalah 90% ianya bermaksud vaksin berupaya mengelakkan jangkitan dalam kalangan 90% penerima vaksin berbanding mereka yang tidak menerima vaksin.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia Portal MyHealth.