Virus Novel Corona (2019-nCoV) yang telah menjangkiti ramai di serata dunia. Berikut adalah langkah-langkah mengurangkan risiko jangkitan:
1. Tutup mulut dan hidung menggunakan 'face mask' apabila berhubung/berurusan dengan orang lain.
2. Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
3. Pastikan menjaga kebersihan diri sepanjang masa.
4. Memastikan pengguna yang berkunjung ke Pusat Internet adalah sihat dan maklumkan cara pencegahan kepada mereka disamping berkongsi maklumat kesihatan.
Tahukah anda bahawa stres boleh memberi kesan kepada kesihatan gigi dan mulut?
Sebab itu penting untuk kita ubah gaya hidup sekarang kepada yang lebih sihat. Gaya hidup yang sihat membantu mengurangkan stres. Makan makanan yang seimbang, tidak merokok dan melakukan aktiviti bersenam adalah antara cara untuk mencapai gaya hidup yang sihat