Aspek kesihatan sentiasa diambil berat oleh penduduk kampung. Kesihataan diri, keluarga dan masyarakat amat penting untuk menjamin keharmonian sesebuah komuniti. Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi sumbangan besar kepada kampung ini dengan pembinaan klinik desa. Penduduk kampung kini lebih mudah untuk membuat pemeriksaan kesihatan dengan adanya klinik yang berhampiran tempat tinggal.

Selain pemeriksaan kesihatan di klinik desa, pelbagai aktiviti telah diadakan dan sedang dirancang sebagai khidmat bakti serta sumbangan besar kerajaan kepada komuniti setiap tahun. Antara aktiviti yang diadakan di Kampung Sepayang adalah seperti ceramah kesihatan, pemeriksaan denggi ke rumah-rumah, pemeriksaan pap-smear, pemeriksaan kesihatan percuma dari Kementerian Kesihatan cawangan Kuala Lumpur dan lain-lain lagi.

Selain itu, pihak JKKK Kampung Sepayang juga sangat mementingkan kesihatan penduduk kampung. Dengan itu, mereka telah menetapkan  matlamat sebagai panduan kesihatan komuniti. Matlamat tersebut adalah untuk meninggikan taraf kesihatan penduduk melalui: 

 i.  Membasmi dan mencegah penyakit berjangkit.    

ii.  Menjaga kebersihan kampung dan tempat-tempat awam serta menggalakkan penggunaan tandas yang sempurna.   

iii.  Menasihati penduduk-penduduk supaya memakan makanan yang berzat dan seimbang.  

iv.  Galakkan menggunakan sepenuhnya khidmat-khidmat kesihatan yang disediakan oleh kerajaan.

Dengan adanya matlamat tersebut, ia dapat membantu komuniti kampung Sepayang untuk terus meningkatkan taraf kesihatan masing-masing demi menjamin kesihatan yang berpanjangan disamping untuk meningkatkan taraf kesihatan yang terbaik untuk masyarakat kampung.

 

Hospital Daerah Rompin

Jalan Kg Kolam

26800 Kuala Rompin, Pahang

Tel: 09-4141543

Sumber: https://www.facebook.com/pages/Hospital-Rompin/214090975284613

 

Klinik Desa Kg Sepayang

Jalan Mersing-Kuantan
26800 Kuala Rompin, Pahang

Tel: 09-4142677

Sumber: http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/1/1495

 

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Rompin


Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Rompin
26800 Rompin, Pahang Darul Makmur.
Tel  : 09-4146132
Fax : 09-4142022

Sumber: http://jknpahang.moh.gov.my/index.php/perkhidmatan/fasiliti-kesihatan/pejabat-kesihatan-pergigian-daerah

 

 

 

PANDUAN KESIHATAN

PIRAMID MAKANAN

 

 

TIPS KESIHATAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN

 

Baru-baru ini Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Kg Simpang Sepayang (PI1M) telah mengikuti Kursus Latihan Tahunan yang mana antara pengisiannya ialah PI1M telah menjadi sukarelawan KOSPEN. Antara tugas sukarelawan PI1M ialah membuat pemeriksaan kesihatan ( Timbang berat, Tekanan Darah, Gula Dalam Darah). Oleh yang demikian, komuniti sekitar boleh membuat pemeriksaan kesihatan dengan datang ke PI1M Kg Simpang Sepayang.

Nama Program: Sambutan Hari Malaysia dan Program 10,000 Langkah Gegar Merdeka Peringkat Daerah Rompin

Tarikh: 16 September 2017 (Sabtu)

Tempat: Dataran Rompin

Anjuran bersama: Majlis Daerah Rompin, Pejabat Kesihatan Daerah Rompin & PI1M Daerah Rompin

Tujuan: Program 10,000 Langkah untuk kesihatan komuniti sekitar daerah Rompin. Selain itu, program ini juga diharap mampu memberikan aktiviti yang berfaedah kepada semua golongan.