Aspek kesihatan sentiasa diambil berat oleh penduduk kampung. Kesihataan diri, keluarga dan masyarakat amat penting untuk menjamin keharmonian sesebuah komuniti. Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi sumbangan besar kepada kampung ini dengan pembinaan klinik desa. Penduduk kampung kini lebih mudah untuk membuat pemeriksaan kesihatan dengan adanya klinik yang berhampiran tempat tinggal. Selain pemeriksaan kesihatan di klinik desa, pelbagai aktiviti telah diadakan dan sedang dirancang sebagai khidmat bakti serta sumbangan besar kerajaan kepada komuniti setiap tahun. Antara aktiviti yang diadakan di Kampung Sepayang adalah seperti ceramah kesihatan, pemeriksaan denggi ke rumah-rumah, pemeriksaan pap-smear, pemeriksaan kesihatan percuma dari Kementerian Kesihatan cawangan Kuala Lumpur dan lain-lain lagi. Selain itu, pihak JKKK Kampung Sepayang juga sangat mementingkan kesihatan penduduk kampung. Dengan itu, mereka telah menetapkan matlamat sebagai panduan kesihatan komuniti. Matlamat tersebut adalah untuk meninggikan taraf kesihatan penduduk melalui: i. Membasmi dan mencegah penyakit berjangkit. ii. Menjaga kebersihan kampung dan tempat-tempat awam serta menggalakkan penggunaan tandas yang sempurna. iii. Menasihati penduduk-penduduk supaya memakan makanan yang berzat dan seimbang. iv. Galakkan menggunakan sepenuhnya khidmat-khidmat kesihatan yang disediakan oleh kerajaan. Dengan adanya matlamat tersebut, ia dapat membantu komuniti kampung Sepayang untuk terus meningkatkan taraf kesihatan masing-masing demi menjamin kesihatan yang berpanjangan disamping untuk meningkatkan taraf kesihatan yang terbaik untuk masyarakat kampung. |
Hospital Daerah Rompin
Jalan Kg Kolam
26800 Kuala Rompin, Pahang
Tel: 09-4141543
Sumber: https://www.facebook.com/pages/Hospital-Rompin/214090975284613
Klinik Desa Kg Sepayang
Jalan Mersing-Kuantan
26800 Kuala Rompin, Pahang
Tel: 09-4142677
Sumber: http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/1/1495
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Rompin
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Rompin
26800 Rompin, Pahang Darul Makmur.
Tel : 09-4146132
Fax : 09-4142022
PANDUAN KESIHATAN
PIRAMID MAKANAN
TIPS KESIHATAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN