Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah Rompin dekat sini hari ini kembali mencatat tahap tertinggi di negeri ini apabila meningkat kepada 178 iaitu tahap tidak sihat selepas turun kepada 83 (sederhana) semalam. IPU di daerah itu menunjukkan trend peningkatan bermula pukul 3 pagi ini dengan bacaan 107 sebelum meningkat kepada 178 pada pukul 3 petang ini. Daerah Temerloh pula merekodkan tahap bacaan IPU kedua tertinggi di negeri ini iaitu 111 (tidak sihat) pada pukul 3 petang. Tinjauan Utusan Online di sekitar bandar ini mendapati, suhu agak panas dengan jarak pemandangan yang agak terhad. Bagaimanapun, orang ramai dilihat masih melakukan aktiviti seperti biasa dan persekolahan masih diteruskan.

Seorang penduduk, Siti Nabilah Suhaimi, 28, berkata, keadaan jerebu di daerah itu yang tidak berapa teruk membolehkan penduduk

melakukan aktiviti seperti biasa. “Setakat ini keadaan jerebu masih tidak mengganggu aktiviti seharian dan anak saya pun ke sekolah seperti biasa tapi saya sentiasa memantau perkembangan ini untuk mengelak gangguan kesihatan,” ujarnya. Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Sumber:https://www.utusan.com.my/berita/nasional/ipu-rompin-kembali-tidak-sihat-1.970213?fbclid=IwAR1uwgk7BTkmJkMnfqTqcCTkTNEBW6ud-eYV3nmfWG4kR46aPP2g8qeiPwk

SHAH ALAM - Keadaan jerebu di negara ini semakin baik dan dijangka pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Jailan Simon berkata, ketika ini jumlah titik-titik panas di Sumatera dan Kalimantan Selatan juga menunjukkan penurunan.

“Di Sumatera hanya ada dua ke tiga saja titik panas. Manakala di Kalimantan Selatan ada dalam 20 titik panas.

“Boleh dikatakan keadaan jerebu di tahap baik dan boleh pulih dalam masa terdekat,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurut beliau, faktor hujan di sesetengah kawasan juga membantu membersihkan udara daripada habuk jerebu.

“Tapi yang penting sumber kebakaran itu dipadamkan dan tiada kebakaran baharu. Hal ini kerana jerebu boleh berulang jika masih ada kebakaran dan angin akan bertiup ke arah negara kita,” katanya.

Katanya, orang ramai juga boleh menjalankan aktiviti luar seperti biasa dan diingatkan tidak membuat pembakaran terbuka.

Sementara itu, semakan di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar mendapati setakat jam 4 petang tadi, tiada stesen yang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat.

Sebaliknya, 67 stesen mencatatkan bacaan IPU sederhana dengan bacaan tertinggi di Indera Mahkota Kuantan iaitu 97 diikuti Balik Pulau dan Seberang Jaya, Pulau Pinang (81).
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/41302/BERITA/Nasional/Keadaan-jerebu-semakin-pulih

Kalendar

November 2024
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30