SANTAI D'AYAU terletak di Jalan Kg.Ayau Rompin Pahang iaitu laluan ke Lanjut & pantai bernas. Merupakan salah satu tempat penginapan selain pelbagai aktiviti yang boleh pengunjung sertai antaranya:
-Rumah rakit
-chalet
-homestay
-Penyewaan bot
-Family day
-BBQ
 
Selaian itu, SANTAI S. AYAU juga menyediakan penyewaan sebuah homestay, sebuah chalet (2 bilik),dan juga dua buah rumah rakit. Penyewaan bot tanpa enjin juga dsediakan. Aktiviti yang boleh dibuat di Santai D'Ayau adalah BBQ, Family Day, Memancing, Perkhemahan dan banyak lagi.
 
Untuk tempahan boleh hubungi:
 
  
  
 
𝗚𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 (𝗚𝗦𝗦𝗣)
 
GSSP bertujuan untuk memberi fokus ke atas penganjuran program/acara pelancongan oleh pihak swasta, pemain serta penggiat industri.
Permohonan boleh bermula 1 April 2022, Borang Permohonan dan Garis Panduan untuk GSSP boleh dimuat turun dari laman web korporat Tourism Malaysia - https://www.tourism.gov.my.
 
    
 
Program Birding Trip Taman Negeri Rompin bertempat di Taman Negeri Rompin, Rompin Pahang. Program ini bertujuan memperkenalkan aktiviti memerhati burung atau birdwatching di Taman Negeri Rompin kepada peminat aktiviti ini di samping membantu agensi pelancongan minat khas untuk membangunkan pakej-pakej birdwatching di negeri Pahang.Semoga usaha ini akan dapat mempromosikan lagi pelancongan minat khas di Pahang bukan sahaja di peringkat domestik, tetapi juga di peringkat antarabangsa.
   
  
Zoo hibrid pertama di dunia dengan T-REX terbesar di Asia dibuka di Kuantan. It's Dinosaur Encounter
 
Tempat: Zoo Teruntum, Kuantan, Pahang.
Konsep: Zoo ini berkonsepkan menggabungkan haiwan hidupan sebenar dan haiwan animatronik prasejarah seperti dinosaur. Ia juga mempunyai T-REX terbesar di Asia. Di dalam Zoo Mini Teruntum, turut mempunyai tarikan unik seperti The Hobbit House dari filem 'The Lord of The Rings'.
Tiket Masuk: RM25.00 (Dewasa) / RM22.00 (Kanak-kanak)
Alamat: Mini Zoo Taman Teruntum, Jalan Padang Golf 25050 Kuantan, Pahang, Malaysia
 
  
 
Anda mencari Pulau yang belum pernah pergi? Meh nak kabo ade Pulau ala ala Krabi di Pahang. Pulau Seri Buat yang terletak di Rompin. Selain Pulau Tioman yang sudah terkenal di daerah Rompin, terdapat pulau-pulau lain seperti Pulau Sembilang, Pulau Raja, Pulau Tulai, Pulau Layak dan beberapa pulau kecil lagi. Dikenali sebagai Krabi Malaysia - Pulau Seri Buat Rompin Pahang, hanya 45 minit menaiki bot dari jeti Tg Gemok, boleh snorkling dan hiking di pulau ini.