Destinasi Pelancongan Terbaik bagi tahun 2024 pada Malam Anugerah Industri Pelancongan 2024 yang telah berlangsung malam tadi bertempat di Taming Sari Grand Ballroom Royale Chulan Kuala Lumpur. Setinggi tinggi ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail diatas penerimaan anugerah Ikon Pelancongan Negeri Pahang pada Anugerah Industri Pelancongan 2024. Diharapkan agar industri Pelancongan akan terus berkembang maju dan kekal relevan hingga di Malaysia dan di peringkat antarabangsa
SULTAN PAHANG RASMI TUKUN GERABAK LRT PERTAMA DI PULAU TIOMAN
Pulau Tioman menjadi pulau pertama di negara ini melabuhkan tukun tiruan gerabak sistem transit aliran ringan (LRT) yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) di bawah kategori bangunan dan struktur.
Majlis pelancaran MBOR: The First LRT Coach Reef in Malaysia disempurnakan oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Berjaya Tioman Resort di Tioman, hari ini.
Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah bertitah inisiatif yang dicetuskan oleh Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) itu diharap dapat memberi impak positif kepada sektor pelancongan di pulau peranginan tersebut.
"Beta harap tukun ini akan sedikit sebanyak membawa tarikan kepada pengunjung khususnya mereka yang minat dalam bidang selaman.
"Beta harap (dengan) terbinanya tukun ini, ekosistem marin di sekeliling Pulau Tioman akan bertambah baik dan beta juga mengalu-alukan banyak lagi usaha untuk merehabilitasikan tukun yang sudah mati di pulau ini," titah baginda ketika merasmikan majlis berkenaan.
Berita penuh https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2317207
Selain Pulau Tioman di Rompin, terdapat juga Pulau Raja, Pulau Seri Buat, Pulau Sembilang dan Pulau Layak yang terdapat di Daerah Rompin, Pahang.
Kuala Rompin Hidden Gems
Siapa kata Rompin ada pantai dan pulau sahaja? Korang yang suka sangat masuk hutan itu memang kena cuba pergi sini. Air terjun dia yang super CANTIK ini hanya boleh jumpa dekat Pahang sahaja tau.
Majlis Pembukaan Pantai Hiburan Kuala Rompin yang dihadiri Yang Dipertua, YH. Dato' Ahmad Nasim bin Dato' Haji Sidek dan Setiausaha Majlis Daerah Rompin bersama tetamu jemputan YB. Tuan Ir. Razali bin Kassim (Exco Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan Negeri Pahang merangkap ADUN Muadzam Shah), YB. Dato' Sri Haji Mohd Johari bin Hussain (ADUN Tioman), YH. Dato' Mohd Mazlan bin Sharudin, Pengurus Besar ECERDC Pahang bersama Pengurus Besar Perhubungan Awam, Pengurus Acara & Jenama dan Pengurus Bahagian Pelaksana Projek, Ketua Polis Daerah Rompin, Ahli-Ahli Majlis dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah.
Majlis Pembukaan yang disambut meriah dengan kehadiran pengunjung yang diluar jangka ramai bersama gimik dan pertunjukkan bunga api oleh pihak Majlis Daerah Rompin.