𝟏𝟏 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
 
𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 merupakan negeri terletak di timur dan adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Dalam bahasa Arab, Darul Makmur membawa maksud 'tempat perlindungan yang tenang'.Ibu negeri Pahang adalah Kuantan, dan Pekan merupakan Bandar Di-Raja Pahang.Pahang terdiri daripada 11 daerah iaitu, Raub, Bentong, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan, Rompin, Cameron Highlands dan Lipis.
Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Pahang. Antaranya adalah Taman Negara, Cameron Highlands, Bukit Fraser, Bukit Tinggi, Genting Highlands dan lain-lain. Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang sedap di Cameron Highlands. cenderahati yang menarik juga terdapat di sana. bagi mendapatkan kepuasan bermain pelbagai 'indoor and ourdoor games', aokmer boleh mengujungi Kota Keriangan Genting Highland. Untuk melihat bangunan senibina British, anda boleh kunjungi Fraser Hill jika ingin melihat bangunan ala-ala Perancis anda boleh melawat Bukit Tinggi.