Menurut info yang kami dapat, nama pokok ni pokok GELAM MERAH. Kulit pokoknya berwarna merah, lembut dan mudah tanggal.
Bila dipegang, macam kulit bawang tertanggal...nipis je. Pokok ni nampaknya hanya terdapat di bahagian puncak bukit, kami tak jumpa pokok yang sama di sepanjang pendakian tadi.
Akar pokok yang berserabut, menjadikan tanah di puncak bukit ini agak lembut - terasa macam kita pijak span. Warna tanah pun nampak kemerah-merahan. Menarik kan?