Anda mencari Pulau yang belum pernah pergi? Meh nak kabo ade Pulau ala ala Krabi di Pahang. Pulau Seri Buat yang terletak di Rompin. Selain Pulau Tioman yang sudah terkenal di daerah Rompin, terdapat pulau-pulau lain seperti Pulau Sembilang, Pulau Raja, Pulau Tulai, Pulau Layak dan beberapa pulau kecil lagi. Dikenali sebagai Krabi Malaysia - Pulau Seri Buat Rompin Pahang, hanya 45 minit menaiki bot dari jeti Tg Gemok, boleh snorkling dan hiking di pulau ini.