Nama Program: Program Bacaan Yasin Bulanan 

Tarikh: 6 Mac 2018 (Selasa)

Tempat: Surau Kg Simpang Sepayang

Anjuran: Persatuan Yasin & Marhaban Wanita Kg Simpang Sepayang

Tujuan/Aktiviti: Program bacaan Yasin bulanan yang dianjurkan oleh Persatuan Yasin & Marhaban Wanita Kg Simpang Sepayang telah berjalan lancar. Semoga program yang dijalankan setiap bulan ini memberi kekuatan menghadapi ujian dan kesejahteraan dalam kehidupan selain mampu merapatkan hubungan silaturrahim antara komuniti serta persatuan wanita Kg Simpang Sepayang.

 

  

 

Nama Program: Program Rehlah Dakwah Kg Simpang Sepayang Disember 2017

Tarikh: 17 Disember 2017 (Ahad)

Tempat: Masjid Al-Hilal Kg Simpang Sepayang

Anjuran: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)

Tujuan/Aktiviti: Sempena Program Rehlah Dakwah yang telah diadakan oleh pihak JAIP dengan kerjasama AJK Masjid & JKKK Kg Simpang Sepayang yang telah dihadiri oleh penduduk sekitar Kg Simpang Sepayang dan juga persatuan wanita Kg Simpang Sepayang. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang hari dari pagi sehingga malam. Program yang  penuh dengan pelbagai aktiviti ini diharap mampu merapatkan hubungan silaturrahim antara pihak PI1M dan komuniti serta persatuan wanita Kg Simpang Sepayang.

   

Nama Program: Majlis Asyura Bersama YB ADUN Tioman dan YH Dato' Pegawaai Daerah Rompin

Tarikh: 6 Oktober 2017 (Jumaat)

Tempat: Kediaman Hajah Radziah btAbdul Mutalib

Anjuran: Wanimas & Persatuan Ibu Tunggal DUN Tioman 2017

Tujuan: Persatuan Wanita dan ibu tunggal Kg Simpang Sepayang telah bersama-sama menganjurkan program Majlis Asyura Bersama YB ADUN Tioman dan YH Dato' Pegawaai Daerah Rompin yang mana program ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli persatuan dan juga oang kampung. Selain itu, program ini juga diharap mampu memberikan aktiviti yang berfaedah kepada golongan wanita di Kampung Simpang Sepayang.

   

Nama Program: Program Dashboard Komuniti November 2017

Tarikh: 18 November 2017 (Sabtu)

Tempat: PI1M Kg Simpang Sepayang

Anjuran: PI1M Kg Simpang Sepayang

Tujuan: Program Dashbord Komuniti telah dihadiri sebahagian daripada persatuan wanita Kg Simpang Sepayang yang mana mereka telah mengikuti pelbagai aktiviti dan taklimat yang telah dianjurkan oleh pihak PI1M. Program yang mengetengahkan pelbagai aktiviti antaranya My komuniti, My Soal, My Shop dan My health, selain itu, aktiviti sampingan seperti puzzle ibu dan anak, musang berjanggut dan dam ular gergasi. Program seperti ini diharap mampu merapatkan hubungan silaturrahim antara pihak PI1M dan komuniti serta persatuan wanita Kg Simpang Sepayang.

   

Nama Program: Sehari Bersama Komuniti Sepayang (JASA Connectivity, Pencernaan Minda, Dashboard Komuniti, PAKK Berkat Berjasa)

Tarikh: 15 September 2017 (Jumaat)

Tempat: PI1M Kg Simpang Sepayang

Anjuran bersama: JASA Rompin & Pusat Aktiviti Kanak-kanak Kg Simpang Sepayang, 

Tujuan: Persatuan Wanita Kg Simpang Sepayang telah bersama-sama mengikuti program Sehari Bersama Komuniti Sepayang (JASA Connectivity, Pencernaan Minda, Dashboard Komuniti, PAKK Berkat Berjasa) yang mana program ini dapat merapatkan jurang antara golongan wanita dan komuniti bagi sama-sama memeriahkan lagi program. Selain itu, program ini juga diharap mampu memberikan aktiviti yang berfaedah kepada semua golongan.