Sumbangan kaum wanita juga tidak ketinggalan dalam menjadikan Kampung Simpang Sepayang sebagai komuniti Bestari. Persatuan Wanita Kampung Sepayang telah lama ditubuhkan demi menjaga kebajikan dan kecemerlangan kaum wanita Kampung Sepayang. Persatuan ini dipengerusikan oleh Hajah Radziah Binti Abdul Mutalib. Pelbagai aktiviti dirancang setiap tahun. Aktiviti ini dapat memberi pelbagai faedah kepada bukan sahaja golongan wanita tetapi juga buat semua  komuniti golongan termasuk kaum adam sendiri.

Berikut merupakan Senarai Ahli Jawatankuasa Marhaban Kg Simpang Sepayang:

 

 

Antara aktiviti- aktiviti yang sering dijalankan oleh Persatuan Wanita adalah:

1.      Majlis Marhaban dan Berzanji (Rumah ke Rumah) 1x Seminggu

2.      Majlis bacaan Yasin (Rumah ke Rumah) 1x Seminggu

3.      Pertandingan Nasyid Berkumpulan

4.      Kelas Fardhu Ain/Agama (Surau Sepayang) 2 x sebulan

5.      Kelas Jahitan

6.      Bengkel Membuat Kraftangan

7.      Kelas Memasak

8.     Bengkel Membuat Kuih Tradisional

 

Persatuan Wanita Kampung Simpang Sepayang juga telah menubuhkan kumpulan nasyid sendiri yang sering dijemput ke majlis-majlis untuk membuat persembahan. Selain itu, persatuan ini juga pernah menaikkan nama Kampung Simpang Sepayang dengan memenangi Pertandingan Membuat Bahulu peringkat negeri Pahang dan juara dua tahun berturut-turut untuk Pertandingan Bubur Asyura peringkat kampung. Dengan pencapaian yang membanggakan ini, Persatuan Wanita Kampung Simpang Sepayang terus mengorak langkah dan menambahkan usaha untuk terus memajukan kampung di mata negara. 

 

 

  

Sebahagian daripada kumpulan wanita yang mengikuti kelas komputer secara intensif di PI1M Kg Simpang Sepayang

 

    

 

Majlis Marhaban dan Berzanji Persatuan Wanita Kg Simpang Sepayang

 

 

Hari Sukan Negara Kg Simpang Sepayang 2015

 

  

Majlis Bacaan Yasin Oleh Persatuan Wanita Kg Simpang Sepayang

 

  

Kelas Belajar Mengaji untuk golongan Wanita

 

Majlis Bacaan Yasin di Masjid Al-Hilal Kg Simpang Sepayang

 

  

Program Jalinan Kasih Kg Simpang Sepayang 7 Mei 2016

- Demonstrasi Masakan

- Kursus Pendek Masakan

- Pertandingan Masakan

 

 

 Sumber Maklumat: Maklumat asas JKKK Sepayang 1998