JEMPUTAN MENYERTAI FORUM ANJURAN MCMC BERTAJUK “AKSES DAN KESELAMATAN INTERNET MEMPERKASA WANITA MALAYSIA DALAM BIDANG SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN, DAN MATEMATIK”
 
Sukacita dimaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menganjurkan sebuah forum yang membincangkan kepentingan akses Internet yang selamat dan mampan bagi memastikan kanak-kanak perempuan dan belia wanita dapat meneroka dan berkembang maju dalam bidang pekerjaan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).
Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girls in ICT 2022, sebuah sambutan tahunan yang dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 11 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Malaysia meraikan inisiatif ini melalui penyelarasan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama rakan strategik dan sektor korporat.
Sehubungan itu, pihak MCMC berbesar hati menjemput penyertaan Tuan/ Puan/ Para Pegawai PEDi/ Komuniti PEDi secara atas talian pada ketetapan berikut:
 
Tajuk forum: Akses dan Keselamatan Internet Memperkasa Wanita Malaysia Dalam Bidang STEM
 
Tarikh: 27 Julai 2022
 
Masa: 2:00 tengahari – 4:30 petang
 
Lokasi: Platform Zoom & FB Live ‘KlikDenganBijak’
 
Zoom: Sila lengkapkan borang pendaftaran dan pengesahan kehadiran melalui pautan Zoom https://bit.ly/3Po0qhi sebelum atau pada Rabu 27 Julai jam 10 pagi.
 
Peserta akan mendapat perincian akses melalui emel setelah pendaftaran dibuat.