MAJLIS PELANCARAN PERKHIDMATAN PINTAR PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) YANG DISEMPURNAKAN OLEH YAB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Antara yang ditekankan adalah program-program sedia ada di NADI yang telah disusun oleh MCMC untuk dijalankan dengan berpandukan kepada lima teras utama iaitu:
1. Keusahawanan
2. Pembelajaran Sepanjang Hayat
3. Kesejahteraan Kendiri
4. Kesedaran
5. Inisiatif Kerajaan.
Inisiatif itu juga merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan fungsi NADI yang kini memfokuskan penyediaan capaian Internet secara kolektif, sebagai pusat penyebaran maklumat terkini dan tepat terutamanya bagi inisiatif kerajaan serta manfaatnya untuk rakyat.