KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

 

 

MENJUAL PELBAGAI JENIS PRODUK KESIHATAN, EMAS, SABUN PENCUCI, PEWANGI DAN RACUN SERANGGA

Nama Usahawan: PN. ZAHARAH BINTI HUSSIN

Nama Produk: MENJUAL PELBAGAI JENIS PRODUK KESIHATAN, EMAS, SABUN PENCUCI, PEWANGI DAN RACUN SERANGGA

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian usahawan online kali ini kami memilih Puan Zaharah binti ismail. Beliau merupakan anak jati kuala rompin, Pahang darul makmur. Kini beliau menetap bersama suami dan 2 orang cahaya serta menyara ibu kandung beliau yang sedang uzur. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil di Kolej Komuniti Rompin. Beliau merupakan Kakitangan penjawat awam yang bekerja sebagai pembantu Perpustakaan Desa Perpat  Kuala Rompin sejak tahun 2006. Beliau mengisi masa lapang beliau dengan hobi beliau iaitu bercucuk tanam pelbagai jenis pokok viral. Kerana minat berniaga beliau juga menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual hasil tanaman pokok-pokok viral, pelbagai jenis produk kesihatan, bahan pencuci, pewangi dan racun serangga.

Penggunaan komputer dalam aktiviti harian beliau merupakan bukan sesuatu yang baharu. Beliau sering menggunakan komputer untuk kerja-kerja menaip dan merekod. Aplikasi yang sering digunakan dalam penggunaan ICT adalah Ms Office iaitu termasuklah Ms Office Word, Excell dan Power Point. Selain itu beliau juga menggunakan internet untuk mencari bahan-bahan dan mempromosikan aktiviti yang dijalankan di Perpustakaan di laman media sosial iaitu facebook, email dan instagram. Oleh yang demikian tahap pengetahuan ICT puan Zaharah sebelum terlibat dengan Pusat internet boleh di kategorikan sederhana mahir.Namun cukup sekadar pengetahuan beliau terhadap ICT pada ketika itu ditahap kegunaan kerja-kerja pejabat sebagai pembantu Perpustakaan. Dalam perkembangan perniagaan kecilan beliau pula, sebelum penglibatan dengan ICT beliau banyak berniagas] secara offline kepada kenalan-kenalan sekerja dan kenalan rapat. Ditambah pula pda ketika itu perniagan yang dijalankan hanyala suka-suka sekadar mengisi minat dan masa lapang.  

Ekoran daripada peredaran zaman, ramai kenalan menjadikan media sosial sebagai medium utama untuk dunia perniagaan dalam menjalani urusan jual beli. Daripada situ lah beliau mula serius dalam perniagaan beliau dengan merancang untuk memperkembangkan perniagaan beliau secara atas talian. Beliau mula bergiat aktif mempromosikan produk jualan beliau di laman media sosial seperti di facebook, instagram dan whatapp. Beliau juga mula melibatkan diri dengan program Usahawan anjuran Pusat Internet. Antara kelas yang telah beliau ikuti adalah kelas Asas Komputer Ms Office, Adobe photoshop dan Skrip to screen. Daripada situlah beliau mula mempertingkatkan dan memantapkan lagi promosi dan Jualan Produk beliau dengan lebih meluas. Daripada penglibatan dengan ICT juga beliau telah mempelbagaikan jenis jualan produk yang mana sebelum ini hanya tertumpu kepada jualan sabun  pencuci sahaja. Kini ursusan penjualan lebih mudah dan lebih meluas sekaligus mempertingkatkan jumlah pendapatan beliau.Selain Platform media sosial iaitu facebook dan instagram beliau juga telah memuat naik jualan produk beliau ke dalam Platform my shop yang telah disediakan oleh pihak Pusat internet.

Pengalaman: Lebih 5 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon / Media sosial yang boleh dihubungi: 010-9105382https://www.facebook.com/zaharah.hussin.332

Bilangan Pekerja: Tiada