KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

 

Perkhidmatan Solekan (MUA)

Nama Usahawan: Cik Rabiatul Nabilah bt Norman

Nama Produk: Perkhidmatan Solekan (MUA)

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 bagi Q4 2018, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet (PI) Kg Simpang Sepayang iaitu saudari Rabiatul Nabilah binti Norman atau dikenali sebagai Nabilah. Beliau merupakan seorang Jurusolek untuk pelbagai majlis dan juga pembantu kedai sebagai pekerjaan sampingan. Mempunyai pelbagai sijil daripada kelas solekan beliau telah memberikan perkhidmatan solek kepada ramai pelanggan yang memerlukan perkhidmatan solekan dari beliau. Kemahiran yang beliau ada telah memberikan sedikit sebanyak sumber pendapatan dalam usia yang muda. Beliau telah mengikuti pelbagai kelas dan program yang dianjurkan oleh pihak pusat internet antaranya ialah kelas Asas ICT, kelas asas keusahawanan, dashboard komuniti dan lain-lain. Ilmu keusahawanan yang telah diajar kepada beliau digunakan dengan sebaiknya untuk beliau mempromosikan perkhidmatan beliau secara online. Beliau mempromosikan perkhidmatan beliau, beliau menggunakan Facebook dan Instagram secara atas talian. Antara tempahan perkhidmatan solekan yang beliau ambil ialah untuk solekan asas, pertunangan, perkahwinan, dan pelbagai majlis lain.

Pengalaman: Lebih 3 tahun pengalaman dalam bidang solekan

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 0177909482

Bilangan Pekerja: Tiada

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

Perkhidmatan pakej percutian

Nama Usahawan: Pn. Rosida bt Kamis

Nama Produk: Perkhidmatan pakej percutian

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q4 2018, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Pn Rosida bt Kamis atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ros. Kak Ros merupakan salah seorang ahli Pusat Internet yang pernah mengikuti kelas keusahawanan (E-rezeki), kelas e-usahawan (Membuat Cover Page untuk perkhidmatan yang ditawarkan, Fb Ads) dan kelas dashboard Komuniti. Kak Ros merupakan seorang Suri rumah yang mana beliau aktif berniaga secara offline dan online untuk perkhidmatan pakej-pakej percutian ke seluruh negara.  Kak ros menjalankan perniagaan ini bagi menambahkan lagi pendapatan isi rumah beliau disamping minat dalam bidang perniagaan

Pengalaman: Lebih 3 tahun pengalaman dalam jualan online dan offline.

Nama Syarikat/Pengusaha: Sheida Rich Enterprise

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 0111-6749883

Bilangan Pekerja: Tiada

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

Menjual pelbagai jenis produk makanan

 

Nama Usahawan: Siti Masoha binti R. Azmi

Nama Produk: Menjual pelbagai jenis produk makanan

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q2 2018, kami memilih salah seorang Ahli PI1M Kg Simpang Sepayang iaitu Pn Masoha binti R.Azmi atau lebih dikenali dengan panggilan Wawa. Beliau sering mengikuti pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak pusat internet. Selain itu, antara kelas yang pernah diikuti oleh beliau ialah kelas asas ICT/Komputer,kelas keusahawanan (E-rezeki), dan kelas dashboard Komuniti.

Pengalaman: Lebih 3 tahun pengalaman dalam jualan online dan offline.

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 017-9167178

Bilangan Pekerja: Tiada

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

 

Membekal dan menjual cendawan segar, menternak dan menjual madu kelulut asli, proses pelbagai produk hiliran, pusat lawatan dan rujukan.

Nama Usahawan: Mohammad Ameruddin bin Abdullah

Nama Produk: Membekal dan menjual cendawan segar, menternak dan menjual madu kelulut asli, proses pelbagai produk hiliran, pusat lawatan dan rujukan.

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 bagi Q2 2018, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Simpang Sepayang iaitu saudara Mohammad Ameruddin bin Abdullah. Beliau telah mengikuti kelas keusahawanan di Pi1m Kg Simpang Sepayang bagi mempromosikan lagi produk yang dikeluarkan oleh beliau. Selain itu, beliau juga telah mengikuti kelas keusahawanan E-rezeki dan dashboard (my shop). Antara produk keluaran dari syarikat beliau ialah membekal dan menjual cendawan segar, menternak dan menjual madu kelulut asli, proses pelbagai produk hiliran, pusat lawatan dan rujukan.serta pelbagai lagi secara online dan offline.

Pengalaman: Lebih 2 tahun pengalaman dalam jualan online dan offline.

Nama Syarikat/Pengusaha: Nuramer Agro Farm

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 014-5119208

Bilangan Pekerja: Tiada

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

Pembekal coklat homemade & Dropship Dianz Vitamin, Queen of Mutiara, Nurraysa, Coway, & pelbagai lagi

 

 

Nama Usahawan: Siti Nur Jannah Binti Seh Zainuddin

Nama Produk: Pembekal coklat homemade & Dropship Dianz Vitamin, Queen of Mutiara, Nurraysa, Coway, & pelbagai lagi

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 bagi Q1, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Simpang Sepayang iaitu Siti Nur Jannah Bt Seh Zainuddin atau dikenali dengan panggilan Jannah. Beliau telah mengikuti kelas Microsoft Office Word, Excel, Power Point, Ms Publisher 2010, Internet dan e-mel serta kelas keusahawanan E-rezeki dan dashboard (my shop). Beliau menjual pelbagai jenis coklat homemade & Dropship Dianz Vitamin, Queen of Mutiara, Nurraysa, Coway, & pelbagai lagi secara online dan offline untuk menambahkan pendapatan sampingan sementara beliau masih lagi mencari peluang pekerjaan.

Pengalaman: Lebih 2 tahun pengalaman dalam jualan online dan offline.

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 019-9363716

Bilangan Pekerja: Tiada