KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

Menjual pelbagai produk kesihatan, pokok bunga dan kasut

 

Nama Usahawan: Saniah binti Amir

Nama Produk: Menjual pelbagai produk kesihatan, pokok bunga dan kasut

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q1 2018, kami memilih salah seorang Ahli PI1M Kg Simpang Sepayang iaitu Pn Saniah binti Amir atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Sal. Beliau sering mengikuti pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak pusat internet. Selain itu, antara kelas yang pernah diikuti oleh beliau ialah kelas keusahawanan (E-rezeki), kelas dashboard Komuniti (My Shop) dan kelas membuat emel dan Facebook.

Pengalaman: Lebih 2 tahun pengalaman dalam jualan online dan offline.

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 0177447677

Bilangan Pekerja: Tiada

 

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

TEMPAHAN KUAH ROJAK DAN KUIH TRADISIONAL

 

Nama Usahawan: Saadiah binti Ahmad

Nama Produk: Menjual dan menerima tempahan pelbagai jenis kuih tradisional seperti bahulu, tempeyek, dan kuah rojak.

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 bagi Q4, kami memilih salah seorang Ahli PI1M Kg Simpang Sepayang iaitu Pn. Saadiah bt Ahmad. Pn. Saadiah merupakan seorang suri rumah yang aktif dalam aktiviti sosial kampung seperti kumpulan wanita, ketua kumpulan marhaban / yasin.  Pada 2016 yang lalu beliau telah mengikuti kelas komputer di PI1M Kg Simpang Sepayang dan masih mengikuti kelas tersebut secara berperingkat di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang. Antara kelas yang diikuti oleh beliau ialah Microsoft Office Word, Excel, Power Point 2010 dan kelas usahawan E-rezeki, dashboard my shop, manakala kelas lanjutan ialah Internet dan e-mel. 

Pengalaman: Lebih 2 tahun pengalaman dalam bidang keluaran kuih tradisional dan kuah rojak

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 010-8695606

Bilangan Pekerja: Ahli Keluarga

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

PENTERNAKAN, MAKANAN SEJUK BEKU, MAKANAN DAN MINUMAN, PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN.

 

 

 

 

Nama Usahawan: Asni bt Riduan

Nama Produk: Ternakan ayam kampung dan puyuh,tanaman sayuran, pelbagai jenis kuih frozen, jualan makanan seperti popia ketam dan air kelapa lemon, produk kesihatan dan kecantikan.

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: Penglibatan Asni dalan bidang keusahawanan bermula apabila beliau pulang ke kampung. Bermula dengan berniaga makanan secara kecil kecilan sahaja, kini beliau telah meluaskan dengan menghantar jualan makanan kepada pihak vendor disamping menjual pelbagai jenis produk sebagai dropship dan juga menternak haiwan ayam dan burung puyuh.

Pengalaman: Lebih 3 tahun pengalaman dalam bidang jualan produk makanan.

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 

019-953 6042

Bilangan Pekerja: -

 

 

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

PERUSAHAAN MADU KELULUT

 

Nama Usahawan: Saniah binti Abd Hamid

Nama Produk: Perusahaan Madu Kelulut

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: Pn Saniah binti Abdul Hamid atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Saniah telah mengikuti kelas komputer di PI1M Kg Simpang Sepayang dan masih mengikuti kelas tersebut secara berperingkat di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang. Beliau telah mengikuti kelas keusahawanan dan telah memasukkan produk beliau ke dalam sistem My shop. selain itu, belaiu juga memasarkan produk melalui platform Facebook.

Pengalaman: Lebih 3 tahun pengalaman dalam perusahaan madu kelulut.

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 0 11-1650 9080

Bilangan Pekerja: Ahli Keluarga

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

PERKHIDMATAN MELUKIS HENNA & TUDUNG

 

Nama Usahawan: Nur Atikah binti Saidin

Nama Produk: Perkhidmatan Melukis Henna & Tudung

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: Memberi perkhidmatan melukis Henna kepada bakal-bakal pengantin dan juga sesiapa yang berminat untuk ukiran Henna. Selain itu, beliau juga mengambil perrkhidmatan untuk melukis/ membuat ukiran di tudung/shawl.

Pengalaman: Lebih 3 tahun pengalaman dalam bidang ukiran

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 016-9582812

Bilangan Pekerja: -