KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

 

Menjual cadar

Nama Usahawan: PN ROS NAZIHAH BINTII SOHAIMI

Nama Produk: Jualan Cadar

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kali ini bagi Usahawan Online 2 Q3 2020 Pi simpang Sepayang kami memilih Ros Nazihah Binti Sohaimi. Dilahirkan Di Kelantan pada 6 Disember 1988 dan kini berusia 32 Tahun. Puan Ros Nazihah Binti Sohaimi atau nama samaran azie telah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Beliau berpindah ke Kuala Rompin Pahang dan bersekolah di sekolah Menengah Kuala Rompin ketika beliau berusia 15 Tahun. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan keputusan sederhana cemerlang.Jika sebelum ini Puan Azie merupakan suri rumah sepenuh masa namun sejak tahun 2018 beliau mula bekerja di sebuah syarikat swasta bagi membantu suami beliau mencari punca pendapatan ekoran daripada taraf ekonomi semakin meningkat. Beliau bekerja sebagai Tukang cuci di Kolej Vokasional Rompin yang mana satu tempat kerja dengan suami beliau.

Tahap pengetahuan ICT Puan Azie sebelum penglibatan dengan kelas ICT ketika itu adalah pengetahuan asas itupun ketika zaman persekolahan. Beliau mempelajari tentang komputer ketika beliau di tingkatan 4. Sejak tamat persekolahan sehingga kini telah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata, beliau langsung tidak menggunakan komuputer mahupun mempelajari ilmu ICT kerana kehidupan seharian sebagai suri rumah dahulu dan sebagai kakitangan swasta kini tidak memaksa beliau untuk bergantung dengan kemahiran ICT. Oleh yang demikian kebanyakkan pembelajaran tentang penggunaan komputer yang pernah beliau pelajari ketika zaman sekolah dahulu sudah luput dari ingatan kerana tidak dipraktikalkan dalam satu tempoh yang agak lama.Erti kata lain kini pengetahunan beliau tentang ICT sifar. Teknologi yang biasa beliau gunakan ketika ini adalah media sosial dengan hanya menggunakan telefon pintar

Namun sejak beliau mula berjinak dalam dunia perniagaan atas talian bagi menambah punca pendapatan beliau sekeluarga, ini memaksa beliau untuk mempelajari semula ilmu ict khususnya dalam penggunakan komputer untuk tunjuan perniagaan beliau. Pada bulan Ogos 2020 beliau di ajak oleh seorang sahabat untuk mengikuti pertandingan usahawan Online menggunakan Shopee. Bermula dari situ beliau bertekad untuk mengikuti bengkel ICT khususnya Bengkel keusahawanan anjuran Pusat Internet yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau iaitu di Pusat Internet Simpang Sepayang. Bermula dari situ beliau mempelajari pengenalan asas komputer seturusnya mengikuti bengkel Perniagaan Atas Talian melalui Platform Shopee. Dalam Bengkel tersebut beliau mula mendaftarkan diri dalam akaun Shopee, memuat naik Produk, mempelajari cara untuk memancing pelanggan dengan perkongsian beberapa tip dari petugas Pusat Internet dan mempelajari teknik-teknik mengambil gambar produk yang lebih menarik dan jelas untuk dimuat naik ke dalam akaun shopee dan media sosial. Ini sedikit sebanyak membantu beliau dalam meningkatkan jualan produk beliau di atas talian.

Pengalaman: Lebih 3 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 010-7657183

Bilangan Pekerja: Tiada

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

 

Menjual produk kecantikan dan tudung

Nama Usahawan: CIK SHARIFAH NURUL NAJIHAH BT SYED ALWI

Nama Produk: Menjual produk kecantikan dan tudung

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q3 2020 kali ini kami memilih Cik Sharifah Nurul Najihah Binti Syed Alwi. Lahir pada 18 September 1995 di Janglau Rompin dan kini berumur 25 Tahun. Beliau dibesarkan di Kuala Rompin Pahang. Berusia 25 tahun dan kini masih berstatus bujang.Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah dan Pengurusan Islam di USIM Negeri Sembilan.Beliau telah tamat pengajian pada tahun 2018. Selepas setahun tamat pengajian beliau menerima tawaran pekerjaan sebagai guru kafa di Sekolah Rendah Pontian Jaya, Rompin sehingga kini.

Tahap pengetahuan ICT Cik Najiha sebelum penglibatan dengan kelas ICT ketika itu adalah pengetahuan asas. Sebelum ini beliau menggunakaninternet dan komputerhanyalah untuk tujuan pembelajaran Selain itu beliau menggunakan internet untuk berhubung dengan kenalan melalui Facebook dan Instagram. Namun ekoran daripada peredaran zaman, ramai kenalan terutamanya media sosial menjadikan media sosial sebagai medium utama untuk dunia perniagaan dalam menjalani urusan jual beli. Daripada situ lah beliau mula menanam minat untuk berniaga memandangkan pada ketika itu status pekerjaan beliau adalah kontrak. Sebelum penglibatan beliau dengan pusat internet, beliau mencari pendapatan sampingan dengan menjalankan perniagaan secara offline dan online dimana tertumpu pada media sosial iaitu Platform facebook dan
instagram.

Setelah 1 tahun berkecimpung di dalam dunia perniagaan offline dan online facebook beliau mula memberanikan diri melangkah lebih jauh dengan menyusun strategi promosi perniagaan beliau dengan mula menjual pelbagai jenis produk ke Platform yang lebih meluas iaitu Shopee. Bengkel pertama beliau sertai ialah Perniagaan Atas Talian Shopee yang dianjurkan oleh Pusat Internet Simpang Sepayang, Rompin iaitu pada Ogos 2020. Di dalam bengkel tersebut beliau mula mempelajari bagaimana untuk mendaftarkan diri ke platform Shopee, seterusnya mempelajari cara muat naik produk, menyusun ayat Pancingan untuk menarik minat pelanggan, dan beberapa tip untuk mempromosikan produk jualan. Oleh itu selepas penglibatan dengan bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Internet, promosi jualan beliau tidak hanya tertumpu kepada media sosial semata-mata sebaliknya beliau mempunyai beberapa platform jualaan atas talian yang lain seperti shopee dan dashboard komuniti.

Pengalaman: Lebih 3 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 01125577290

Bilangan Pekerja: Tiada

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

 

Menjual pelbagai jenis produk usahawan kampung

Nama Usahawan: Pn. Junaidah binti Khalid

Nama Produk: Menjual pelbagai jenis produk usahawan kampung

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 Q1 2020, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Puan Junaidah binti Khalid. Seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan ibu kepada 6 orang cahaya mata. Pn Junaidah atau lebih dikenali dengan panggilan kak ju berasal dari Kg Janglau dan telah berkahwin dengan penduduk kg Ssimpang sepayang.

Pn Junaidah telah menjalankan beberapa perniagaan secara offline dan online dengan menjual beberapa produk kawan kawan. Beliau menjual menggunakaan medium mulut ke mulut kerana lebih mudah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan dalam penggunaan ICT beliau hanya sebagai suri rumah sahaja. Namun setelah adanya peningkatan dalam kos hidup sedikit sebanyak memberikan beliau idea untuk menjana pendapatan sampingan. Beliau sering datang ke Pusat internet tetapi hanya menggunakan perkhidmatan dan komputer sahaja. Beliau sering datang untuk melihat video bersama anak anak.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Petugas pusat internet telah membantu beliau untuk mengikuti kelas yang telah dianjurkan oleh pusat internet. Namun selepas terdedah dengan kepentingan penggunaan ICT beliau mengambil keputusan untuk mempelajari ilmu ICT dengan lebih mendalam dan beliau telah diajar cara cara untuk memperkembangkan lagi pemahaman tentang perniagaan beliau. Oleh itu beliau mengambil keputusan untuk mengikuti kursus yang ditawarkan di pusat internet. Beliau telah diajar tentang ilmu keusahawanan yang mana dapat meningkatkan lagi jualan produk beliau. Antara kelas yang telah kak ju ikuti ialah kelas keusahawanan dan kelas microsoft office serta dashboard komuniti (my shop). Dengan adanya sedikit ilmu yang telah diajar sedikit sebanyak dapat menigkatkan jumlah pendapatan sampingan beliau dan keluarga.

Pengalaman: Lebih 5 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 019-7601150

Bilangan Pekerja: Tiada

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

Menjual pakaian kanak kanak dan makanan

Nama Usahawan: EN. MOHAMAD AIMANUDDIN BIN ZAINI

Nama Produk: MENJUAL PAKAIAN KANAK KANAK DAN MAKANAN

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Latar belakang

Kami memilih encik Mohammad Aimanuddin Bin Zaini sebagai Usahawan Online 2 Q2 2020 Pi Simpang Sepayang. Namun anak kelahiran Johor Bahru ini dibesarkan di kg. Janglau Rompin Pahang. Beliau telah bekahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Mohammad Aimanuddin atau lebih dikenali sebagai Aiman mula mendaftar dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet sejak tahun 2014. Antara perkhidmatan yang sering digunakan ialah melayari internet, Photostat dan membuat pemeriksaan kesihatan iaitu tekanan darah dan gula. Taraf pendidikan tertinggi beliau ialah pada peringkat SPM diKolej Vokasional dalam bidang kimpalan. Beliau pernah menyambung pelajaran Peringkat Sijil di politeknik namun atas masalah keluarga beliau tidak dapat menamatkan pelajaran beliau. Sebelum ini beliau bekerja di sebuah syarikat petronas di Johor bahru selama hampir 5 tahun. Pada masa yang sama beliau mencuba nasib menyediakan perkhidmatan grab untuk menambah punca pendapatan beliau. Selepas bekerluarga beliau berpindah ke daerah lain di johor bahru dan bekerja sebagai pemandu merangkap pembantu peribadi di sebuah syarikat di Johor sehingga kini.

Memandangkan beliau pernah belajar di peringkat sijil dalam bidang mekanik, penggunaan komputer pada beliau tidak asing lagi. Boleh dikatakan taraf pengetahuan tentang ICT beliau pada ketika itu sederhana mahir. Awal penglibatan beliau di PI sejak tahun 2014 bagi menggunakan perkhidmatan komputer untuk mencari kerjaan kosong dengan melayari internet dan membuat resume di Pusat Internet dengan bantuan petugas di situ. Sebelum penglibatan bersama Pusat internet, punca pendapatan beliau sepenuhnya dengan makan gaji di syarikat petronas di johor bahru.

Namun selepas penglibatan dengan bengkel pertama iaitu e-rezeki anjuran pusat internet beliau mencari pendapatan tambahan dengan membuat perkhidmatan grab di sekitar Johor bahru. Kemudian beliau berumah tangga dan mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menjual pakaian kanak-kanak. Sekali lagi beliau mengikuti bengkel keusahawanan dan media sosial untuk memperluaskan lagi jualan beliau. Selepas mencipta page sendiri di facebook iaitu Alisy Baby Collection dan memuatnaik produk-produk beliau, berlaku peningkatan yang memberansangkan dari segi jualan dan promosi jualan lebih meluas. Kemudian beliau telah mengikuti bengkel perniagaan atas talian iaitu platform shopee untuk memperluaskan lagi jualan produk memandangkan beliau telah mula mempelbagaikan perkhidmatan jualan beliau yang mana tidak tertumpu pada pakai kanak-kanak tetapi beliau juga menjadi agen rempah perapan, rempah ayam madu, aiskrim goyang dan keropok lekor.

Pengalaman: Lebih 4 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 016-9503475

Bilangan Pekerja: Tiada

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

Menjual Pelbagai Jenis Kek dan Roti

Nama Usahawan: Cik Noraini bt Hashim

Nama Produk: Menjual Pelbagai Jenis Kek dan Roti

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 Q3 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Cik Noraini Binti Hashim atau lebih dikenali sebagai emy. Beliau merupakan anak jati kuala Rompin Pahang yang kini menetap di Kampung Lebn Chondong. Beliau bekerja sebagai seorang kerani di pejabat DUN Tioman. Beliau pada awalnya menjadikan bidang Bakeri hanya sebagai minat dan untuk mengisi masa lapang. Beliau sebenarnya tidak mempunyai asas membuat kek dan kerana minat beliau mula belajar cara membuat adunan melalui internet dan kenalan di muka buku.  Namun berkat usaha yang gigih dalam menghasilkan kek yang enak dikukuhkan lagi dengan minat yang mendalam, kini menjadikan beliau mahir dalam menghasilkan kek pelbagai perisa dan pelbagai jenis adunan roti.

Pada awal tahun 2018 beliau hanya menerima tempahan kek dari rakan sepejabat, saudara mara dan jiran tetangga. Sedikit-demi sedikit hebahan bakeri air tangan beliau mula tersebar daripada pelanggan-pelanggan beliau yang pernah mencuba kek beliau. Di situ lah beliau mula serius dalam mengusahakan Perniagaan Bakeri.dan kini usaha beliau membuahkan hasil kerana hasil daripada jualan, beliau mampu mempunyai kedai kek bakeri sendiri yang mana menerima dan menjual pelbagai jenis kek dan roti juga menjual peralatan dan bahan membuat kek pada hujung tahun 2019 ini.

Beliau sedar selain kemahiran, ilmu dan sijil juga penting dalam menjadikan sesebuah perniagaan itu Berjaya. Oleh itu beliau mengambil peluang dengan mengikuti kursus-kursus berkaitan yang ditawarkan oleh beberapa agensi di Kuala Rompin seperti Kolej Komuniti, KEMAS dan Pusat Internet. Antara kursus yang beliau ikuti ialah kursus Sijil Halal, Kursus bakeri dan hiasan, Bengkel pemasaran dan promosi, Kursus kewangan dan banyak lagi. Ini kerana Beliau masih lagi mencari peluang-peluang menimba ilmu bidang perniagaan dan bakeri bagi mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kualiti produk beliau di masa akan datang.

Pengalaman: Lebih 3 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan 

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 014-9006305

Bilangan Pekerja: Tiada