KATEGORI |
MAKLUMAT USAHAWAN |
Menjual Pelbagai Jenis Kek dan Roti |
Nama Usahawan: Cik Noraini bt Hashim Nama Produk: Menjual Pelbagai Jenis Kek dan Roti Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 Q3 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Cik Noraini Binti Hashim atau lebih dikenali sebagai emy. Beliau merupakan anak jati kuala Rompin Pahang yang kini menetap di Kampung Lebn Chondong. Beliau bekerja sebagai seorang kerani di pejabat DUN Tioman. Beliau pada awalnya menjadikan bidang Bakeri hanya sebagai minat dan untuk mengisi masa lapang. Beliau sebenarnya tidak mempunyai asas membuat kek dan kerana minat beliau mula belajar cara membuat adunan melalui internet dan kenalan di muka buku. Namun berkat usaha yang gigih dalam menghasilkan kek yang enak dikukuhkan lagi dengan minat yang mendalam, kini menjadikan beliau mahir dalam menghasilkan kek pelbagai perisa dan pelbagai jenis adunan roti. Pada awal tahun 2018 beliau hanya menerima tempahan kek dari rakan sepejabat, saudara mara dan jiran tetangga. Sedikit-demi sedikit hebahan bakeri air tangan beliau mula tersebar daripada pelanggan-pelanggan beliau yang pernah mencuba kek beliau. Di situ lah beliau mula serius dalam mengusahakan Perniagaan Bakeri.dan kini usaha beliau membuahkan hasil kerana hasil daripada jualan, beliau mampu mempunyai kedai kek bakeri sendiri yang mana menerima dan menjual pelbagai jenis kek dan roti juga menjual peralatan dan bahan membuat kek pada hujung tahun 2019 ini. Beliau sedar selain kemahiran, ilmu dan sijil juga penting dalam menjadikan sesebuah perniagaan itu Berjaya. Oleh itu beliau mengambil peluang dengan mengikuti kursus-kursus berkaitan yang ditawarkan oleh beberapa agensi di Kuala Rompin seperti Kolej Komuniti, KEMAS dan Pusat Internet. Antara kursus yang beliau ikuti ialah kursus Sijil Halal, Kursus bakeri dan hiasan, Bengkel pemasaran dan promosi, Kursus kewangan dan banyak lagi. Ini kerana Beliau masih lagi mencari peluang-peluang menimba ilmu bidang perniagaan dan bakeri bagi mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kualiti produk beliau di masa akan datang. Pengalaman: Lebih 3 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan Nama Syarikat/Pengusaha: - No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 014-9006305 Bilangan Pekerja: Tiada |