KATEGORI |
MAKLUMAT USAHAWAN |
Menjual pakaian kanak kanak dan makanan |
Nama Usahawan: EN. MOHAMAD AIMANUDDIN BIN ZAINI Nama Produk: MENJUAL PAKAIAN KANAK KANAK DAN MAKANAN Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: Latar belakang Kami memilih encik Mohammad Aimanuddin Bin Zaini sebagai Usahawan Online 2 Q2 2020 Pi Simpang Sepayang. Namun anak kelahiran Johor Bahru ini dibesarkan di kg. Janglau Rompin Pahang. Beliau telah bekahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Mohammad Aimanuddin atau lebih dikenali sebagai Aiman mula mendaftar dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet sejak tahun 2014. Antara perkhidmatan yang sering digunakan ialah melayari internet, Photostat dan membuat pemeriksaan kesihatan iaitu tekanan darah dan gula. Taraf pendidikan tertinggi beliau ialah pada peringkat SPM diKolej Vokasional dalam bidang kimpalan. Beliau pernah menyambung pelajaran Peringkat Sijil di politeknik namun atas masalah keluarga beliau tidak dapat menamatkan pelajaran beliau. Sebelum ini beliau bekerja di sebuah syarikat petronas di Johor bahru selama hampir 5 tahun. Pada masa yang sama beliau mencuba nasib menyediakan perkhidmatan grab untuk menambah punca pendapatan beliau. Selepas bekerluarga beliau berpindah ke daerah lain di johor bahru dan bekerja sebagai pemandu merangkap pembantu peribadi di sebuah syarikat di Johor sehingga kini. Memandangkan beliau pernah belajar di peringkat sijil dalam bidang mekanik, penggunaan komputer pada beliau tidak asing lagi. Boleh dikatakan taraf pengetahuan tentang ICT beliau pada ketika itu sederhana mahir. Awal penglibatan beliau di PI sejak tahun 2014 bagi menggunakan perkhidmatan komputer untuk mencari kerjaan kosong dengan melayari internet dan membuat resume di Pusat Internet dengan bantuan petugas di situ. Sebelum penglibatan bersama Pusat internet, punca pendapatan beliau sepenuhnya dengan makan gaji di syarikat petronas di johor bahru. Namun selepas penglibatan dengan bengkel pertama iaitu e-rezeki anjuran pusat internet beliau mencari pendapatan tambahan dengan membuat perkhidmatan grab di sekitar Johor bahru. Kemudian beliau berumah tangga dan mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menjual pakaian kanak-kanak. Sekali lagi beliau mengikuti bengkel keusahawanan dan media sosial untuk memperluaskan lagi jualan beliau. Selepas mencipta page sendiri di facebook iaitu Alisy Baby Collection dan memuatnaik produk-produk beliau, berlaku peningkatan yang memberansangkan dari segi jualan dan promosi jualan lebih meluas. Kemudian beliau telah mengikuti bengkel perniagaan atas talian iaitu platform shopee untuk memperluaskan lagi jualan produk memandangkan beliau telah mula mempelbagaikan perkhidmatan jualan beliau yang mana tidak tertumpu pada pakai kanak-kanak tetapi beliau juga menjadi agen rempah perapan, rempah ayam madu, aiskrim goyang dan keropok lekor. Pengalaman: Lebih 4 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan Nama Syarikat/Pengusaha: - No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 016-9503475 Bilangan Pekerja: Tiada |