KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

Menjual Pelbagai Jenis Produk Seperti Cadar, Pinggan Mangkuk, Minyak Wangi, Tempahan Kek Coklat, Katering

Nama Usahawan: Pn Kamisah bt Karim

Nama Produk: Menjual Pelbagai Jenis Produk Seperti Cadar, Pinggan Mangkuk, Minyak Wangi, Tempahan Kek Coklat, Katering

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q3 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Puan Kamisah Binti Karim atau lebih dikenali sebagai kak Cha. Beliau merupakan anak jati kuala Rompin Pahang dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Beliau mula berniaga secara suka-suka pada tahun 2013 sebagai penjual nasi lemak dan kuih di warung secara kecil-kecilan. Namun semenjak Januari 2017 sejajar dengan peredaran zaman yang semakin membangun dimana orang mula berniaga secara online beliau mula menyimpan minat dan mengambil serius dalam bidang perniagaan dan telah mencuba untuk menjual produk kesihatan diatas talian. Setelah mendapat ramai pelanggan dan kenalan di facebook beliau mencuba untuk  mempelbagaikan lagi jenis jualan produk di atas talian disamping menerima tempahan catering di sekitar kediaman beliau.

Berbekalkan pengetahuan asas, beliau memberanikan diri untuk mengasah pengetahuan beliau dan memperdalami ilmu perniagaan atas talian dengan menglibatkan diri menyertai bengkel usahawan anjuran beberapa agensi di sekitar rompin seperti Pusat Internet & ACER Empower. Antara bengkel yang beliau telah sertai adalah  bengkel cara dan tips promosi atas talian, Bengkel kewangan, dan bengkel teknik photografi. Ternyata untuk Berjaya dalam sesuatu perniagaan, ilmu bidang perniagaan adalah penting bagi memastikan perniagaan kita maju dan berjaya. Ini kerana selepas beliau menyertai bengkel tersebut jualan terhadap produk beliau semakin meningkat dengan pancingan ayat-ayat dan gambar produk yang menarik. Dan lejar kewangan yang sistematik membantu beliau mengenalpasti dan mengkaji untung rugi setiap jualan produk beliau. Kini beliau masih mempraktikkan ilmu yang beliau perolehi dan bercadang untuk menambahkan lagi ilmu dalam bidang perniagaan bagi meningkatkan lagi jualan produk beliau di masa akan datang.

Pengalaman: Lebih 4 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan 

Nama Syarikat/Pengusaha: 

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 010-9395129

Bilangan Pekerja: Tiada

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

Kedai Serbaneka RM2

Nama Usahawan: Pn Noradilah bt Zainal

Nama Produk: Kedai Serbaneka RM2

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 bagi Q2 2019, Pusat Internet (PI) Kg Simpang Sepayang telah memilih salah seorang Ahli Pusat Internet iaitu Nor Adilah Binti Zainal atau lebih dikenali sebagai Diela. Beliau merupakan seorang ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sebelum bekecimpung dalam bidang perniagaan beliau merupakan suri rumah sepenuh masa. Sejak awal tahun 2019 beliau mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan sehingga kini alhamdulillah beliau masih meneruskan perniagan beliau. Beliau mula berniaga dengan membuka sebuah kedai serbaneka RM2 yang terletak di Sepakat, Rompin Pahang Perniagaan tersebut merupakan perniagaan milikan tunggal beliau dan perkhidmatan yang ditawarkan ialah menjual pelbagai perlatan dan keperluan harian dengan harga hanya rm2 seunit selain itu beliau juga membantu komuniti setempat yang mempunyai produk sendiri dengan menerima hantaran produk untuk diletakkan di kedai beliau untuk dijual dengan harga rm2. Sejak beliau mendaftarkan diri di pusat internet Simpang sepayang, selain menggunakan perkhidmatan yang terdapat di Pusat internet, beliau juga tidak melepaskan peluang melibatkan diri dengan bengkel yang dianjurkan oleh pihak PI. Khursus terbaru yang beliau telah ikuti ialah Bengkel keusahawanan iaitu e-Rezeki. Ilmu keusahawanan yang telah diajar kepada beliau digunakan dengan sebaiknya untuk beliau mempromosikan perniagaan beliau secara atas talian.

Pengalaman: Lebih 5 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan 

Nama Syarikat/Pengusaha: Dielacool Entreprise

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 014-3602264

Bilangan Pekerja: 3 Orang

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

 

Warung Ruby LC

Nama Usahawan: Robiah bt Songsang

Nama Produk: Warung Ruby LC

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 bagi Q1 2019, Pusat Internet (PI) Kg Simpang Sepayang telah memilih salah seorang Ahli Pusat Internet iaitu Puan Robiah binti Songsang atau lebih dikenali sebagai Kak Ruby. Beliau merupakan seorang suri rumah dan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Selain itu, beliau juga menjalankan perniagaan yang diberi nama sebagai Warung Ruby LC yang terletak di Kg Leban Chondong. Selain perniagaan di warung beliau juga menjalankan perkhidmatan katering kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menempah perkhidmatan katering dari beliau. Terdapat pelbagai jenis masakan yang beliau tawarkan samada untuk pelbagai majlis antaranya jamuan ringan, jamuan hari raya, majlis sambutan hari lahir dan pelbagai lagi mengikut citarasa pengguna dan masakan yang utama adalah Udang Galah kerana warung beliau berada di Kg Leban Chondong. Beliau telah mengikuti pelbagai kelas dan program yang dianjurkan oleh pihak pusat internet antaranya ialah kelas Asas ICT, kelas asas keusahawanan, dashboard komuniti dan lain-lain. Ilmu keusahawanan yang telah diajar kepada beliau digunakan dengan sebaiknya untuk beliau mempromosikan perniagaan beliau secara atas talian.

Pengalaman: Lebih 5 tahun pengalaman dalam bidang masakan

Nama Syarikat/Pengusaha: Warung Ruby LC

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 013-2696044

Bilangan Pekerja: 3 Orang

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

Syarikat Kontraktor

Nama Usahawan: En Abu Bakar bin Said Ali

Nama Produk: Syarikat Kontraktor

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q2 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu En. Abu Bakar bin Said Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Pakcik Abu. Beliau merupakan seorang kontraktor berdaftar yang menjadikan satu ruang rumah beliau sebagai pejabat untuk urusan kerja di Perumahan Nelayan Sungai Puteri. Mula berjinak dalam bidang kontraktor sejak awal 90an dengan memasuki tender-tender projek dan menerima kerja-kerja binaan. Sebelum berpindah ke Kuala Rompin, beliau banyak menjalankan projek-projek pembinaan di tekek. Di situlah bermula nya beliau mendaftarkan diri dengan pusat internet dan menggunakan kemudahan yang disedikan di pusat internet iaitu pada tahun 2015. Namun setelah berpindah ke Kuala Rompin iaitu pada tahun 2018 beliau mendapat info pusat internet berhampiran dengan kediaman beliau daripada petugas PI Tekek. Awalnya beliau hanya bercadang untuk menggunakan perkhidmatan pusat Internet Simpang Sepayang untuk melayari internet namun secara kebetulan petugas PI mengajak beliau menyertai bengkel Photoshop. Beliau amat tertarik dengan bengkel yang dianjurkan kerana bengkel tersebut sedikit sebanyak membantu kerja beliau iaitu dalam bidang kontraktor sekaligus dapat menambah ilmu dalam bidang komputer

Pengalaman: Lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang kontraktor

Nama Syarikat/Pengusaha: 

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 012-3703065

Bilangan Pekerja: Tiada

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

Perniagaan Makanan (Sate)

Nama Usahawan: Mazlina binti Che Omar

Nama Produk: Perniagaan Makanan (Sate)

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q1 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Pn Mazlina binti Che Omar atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Maz. Kak Maz merupakan salah seorang ahli Pusat Internet yang baru sahaja beberapa minggu mengikuti kelas asas komputer di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang. Kak Maz telah diajar tentang pengenalan komputer, Microsoft Office Word 2010 dan Excel 2010. Selain itu, beliau juga telah diberi taklimat mengenai Pusat Internet dan Dashboard Komuniti.  Kak Maz merupakan seorang suri rumah yang mana beliau aktif berniaga secara offline iaitu berniaga produk makanan (sate) di Leban Chondong. Kak Maz menjalankan perniagaan ini bagi menambahkan lagi pendapatan isi rumah beliau disamping minat dalam bidang perniagaan.

Pengalaman: Lebih 5 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan makanan (Sate)

Nama Syarikat/Pengusaha: 

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 019-7220889

Bilangan Pekerja: Ahli Keluarga