KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

 

Menjual pelbagai jenis produk makanan kering dan basah (Kuah Rojak Che Nah, Pekasam daging, Choco Jar, Kulat sisir)

Nama Usahawan: EN. MOHAMAD AIMANUDDIN BIN ZAINI

Nama Produk: Menjual pelbagai jenis produk makanan kering dan basah (Kuah Rojak Che Nah)

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Pada kali ini bagi Usahawan Online 1 2021 Pik Kg Simpang Sepayang telah memilih En. Mohamad Aimanuddin bin Zaini. Berusia 31 Tahun. En. aiman telah beberapa kali mengikuti pelbagai jenis kelas bermula dengan kelas asas komputer, kelas keusahawanan e-rezeki, kelas dashboard komuniti, kelas asas keusahawanan dan yang terkini kelas keusahawanan shopee. Di kala pandemik Covid-19 melanda negara, beliau mengambil keputusan untuk mengikuti kelas keusahawanan Shopee dan seterusnya membuka kedai online menggunakan platform shopee. Sebelum ini beliau juga ada menjual baju baby menggunakan platform Facebook Page.

Pengalaman: Lebih 5 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan

Nama Syarikat/Pengusaha: Aiisy Premier Enterprise

Link Shopee: shopee.com.my/aiemzaini

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: Aiemzaini

Bilangan Pekerja: Tiada

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

 

 

MENJUAL PELBAGAI JENIS PRODUK KESIHATAN, EMAS, SABUN PENCUCI, PEWANGI DAN RACUN SERANGGA

Nama Usahawan: PN. ZAHARAH BINTI HUSSIN

Nama Produk: MENJUAL PELBAGAI JENIS PRODUK KESIHATAN, EMAS, SABUN PENCUCI, PEWANGI DAN RACUN SERANGGA

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian usahawan online kali ini kami memilih Puan Zaharah binti ismail. Beliau merupakan anak jati kuala rompin, Pahang darul makmur. Kini beliau menetap bersama suami dan 2 orang cahaya serta menyara ibu kandung beliau yang sedang uzur. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil di Kolej Komuniti Rompin. Beliau merupakan Kakitangan penjawat awam yang bekerja sebagai pembantu Perpustakaan Desa Perpat  Kuala Rompin sejak tahun 2006. Beliau mengisi masa lapang beliau dengan hobi beliau iaitu bercucuk tanam pelbagai jenis pokok viral. Kerana minat berniaga beliau juga menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual hasil tanaman pokok-pokok viral, pelbagai jenis produk kesihatan, bahan pencuci, pewangi dan racun serangga.

Penggunaan komputer dalam aktiviti harian beliau merupakan bukan sesuatu yang baharu. Beliau sering menggunakan komputer untuk kerja-kerja menaip dan merekod. Aplikasi yang sering digunakan dalam penggunaan ICT adalah Ms Office iaitu termasuklah Ms Office Word, Excell dan Power Point. Selain itu beliau juga menggunakan internet untuk mencari bahan-bahan dan mempromosikan aktiviti yang dijalankan di Perpustakaan di laman media sosial iaitu facebook, email dan instagram. Oleh yang demikian tahap pengetahuan ICT puan Zaharah sebelum terlibat dengan Pusat internet boleh di kategorikan sederhana mahir.Namun cukup sekadar pengetahuan beliau terhadap ICT pada ketika itu ditahap kegunaan kerja-kerja pejabat sebagai pembantu Perpustakaan. Dalam perkembangan perniagaan kecilan beliau pula, sebelum penglibatan dengan ICT beliau banyak berniagas] secara offline kepada kenalan-kenalan sekerja dan kenalan rapat. Ditambah pula pda ketika itu perniagan yang dijalankan hanyala suka-suka sekadar mengisi minat dan masa lapang.  

Ekoran daripada peredaran zaman, ramai kenalan menjadikan media sosial sebagai medium utama untuk dunia perniagaan dalam menjalani urusan jual beli. Daripada situ lah beliau mula serius dalam perniagaan beliau dengan merancang untuk memperkembangkan perniagaan beliau secara atas talian. Beliau mula bergiat aktif mempromosikan produk jualan beliau di laman media sosial seperti di facebook, instagram dan whatapp. Beliau juga mula melibatkan diri dengan program Usahawan anjuran Pusat Internet. Antara kelas yang telah beliau ikuti adalah kelas Asas Komputer Ms Office, Adobe photoshop dan Skrip to screen. Daripada situlah beliau mula mempertingkatkan dan memantapkan lagi promosi dan Jualan Produk beliau dengan lebih meluas. Daripada penglibatan dengan ICT juga beliau telah mempelbagaikan jenis jualan produk yang mana sebelum ini hanya tertumpu kepada jualan sabun  pencuci sahaja. Kini ursusan penjualan lebih mudah dan lebih meluas sekaligus mempertingkatkan jumlah pendapatan beliau.Selain Platform media sosial iaitu facebook dan instagram beliau juga telah memuat naik jualan produk beliau ke dalam Platform my shop yang telah disediakan oleh pihak Pusat internet.

Pengalaman: Lebih 5 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon / Media sosial yang boleh dihubungi: 010-9105382https://www.facebook.com/zaharah.hussin.332

Bilangan Pekerja: Tiada

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

 

Menjual pelbagai produk makanan & pakaian

Nama Usahawan: PN. NOR HADHILAH BINTI AB HAMID

Nama Produk: Menjual pelbagai produk makanan dan pakaian

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kali ini bagi Usahawan Online 2 Q4 2020 Pi simpang Sepayang kami memilih Nor Hadhilah Binti Ab Hamid Rompin, Pahang pada 14 April 1990  dan kini berusia 30 Tahun. Puan Hadhilah merupakan anak sulong dan telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat  sarjana muda Komunikasi di USM. Beliau bekerja di klinik swasta di Kuala Rompin Pahang.  

Puan Hadhilah  merupakan pelajar graduan lepasan ijazah sarjana muda Komunikasi. Oleh itu pengetahuan beliau terhadap komputer dan internet dikategorikan  mahir. Namun beliau tidak pernah mengikuti kursus keusahawanan dan perniagaan atas talian.  Beliau mempunyai perniagaan kecil-kecilan iaitu membuat kek dan menjahit pakaian. Namun promosi dan jualan hanya tertumpu pada kenalan terdekat. Memandangkan dunia kini zaman dihujung jari menarik minat beliau untuk mendalami bidang keusahawanan terutamanya dalam usahawan atas talian. Ini meruoakan salah satu sebab kenapa beliau bercadang untuk mengikuti bengkel keusahawanan yang telah disediakan di Pusat Internet ditambah pula cas yang dikenakan adalah percuma.

Pada September 2020 beliau berjumpa dengan kakitangan Pusat internet untuk mendaftarkan diri sebagai ahli pusat internet dan menyatakan hasrat beliau untuk mengikuti program usahawan anjuran pusat internet. Ternyata kedatangan eliau disambut baik oleh petugas pusat internet, dan petugas telah menetapkan tarikh utnuk bengkel yang bakal beliau sertai. Hasil penglibatan beliau dengan bengkel usahawan di Pusat internet beliau telah mempelajari asas pengurusan perniagaan dan perniagaan atas talian Shopee.Kkini beliau telah pun mempunyai akaun shopee sendiri dan masih lagi dalam peringkat awal penjualan dan promosi produk di atas talian. Beliau juga mula mempromosi produk beliau di laman rangkaian sosial iaitu facebook. Kini belaiu masih lagi dalam proses mengumpul ilmu bidang perniagaan bersama pusat internet.

Pengalaman: Lebih 5 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 017-4634518

Bilangan Pekerja: Tiada

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

Menjual pelbagai produk makanan kering dan basah serta kuih tradisional

Nama Usahawan: PN. MASLIHA BINTI ISMAIL

Nama Produk: Menjual pelbagai produk makanan kering dan basah serta kuih tradisional

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kali ini bagi Usahawan Online Q1 2021 Pi simpang Sepayang kami memilih Puan Masleha binti Ismail. Dilahirkan Di Negeri Selangor pada 24 Oktober 1968 dan kini berusia 53 Tahun. Puan Masleha binti Ismail atau nama samaran Puan Masleha merupakan suri rumah dan mempunyai 3 orang cahaya mata yang telah meningkat dewasa. Beliau berpindah dan menetap di Kuala Rompin Pahang sejak berkahwin. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil Pelajaran Malayisia (SPM). Beliau mempunyai minat dan kebolehan dalam menghasilkan kuih tradisional resepi turun temurun menjadikan beliau  kini mula berjinak-jinak dalam bidang pernigaan penjualan Produk Kuih trasinonal.

Memandangkan pada zaman persekolahan  kemudahan dan penggunaan ICT pada ketika itu tidak terlalu meluas. Teknologi pada ketika itu juga tidak semoden zaman sekarang. Ditambah pula dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dan taraf pendidikan hanya di peringkat SPM, taraf pendidikan dan pengetahuan ICT beliau pada ketika itu boleh dikategorikan sebagai sifar. Namun semenjak anak-anak beliau meningkat dewasa Puan Masleha mula berjinak-jinak menggunakan peralatan teknologi iaitu telefon pintar yang mana pada ketika itu beliau hanya belajar daripada anak-anak. Bermula dari situ beliau sedikit sebanyak mula menggunakan beberapa platform media sosial seperti Facebook, instagram dan Whatapp.Namun penggunaan dan pengetahuan ketika itu hanyalah di peringkat pengetahuan asas penggunaan dan sederhana  mahir.

Bermula dengan penglibatan program bersama anjuran pusat internet membuka ruang dan peluang kepada beliau untuk lebih mendalami ilmu ICT. Memandangkan di Pusat Internet ada menawarkan program Bengkel ICT yang tebuka kepada pelbagai peringkat umur, menjadikan beliau berminat untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan. Bermula dengan Kursus asas pengetahuan ICT beliau mula mempelajari cara menggunakan komputer, dan cara penjagaan komputer. Seterusnya bengkel Advolasi menjadikan beliau lebih berhati-hati dalam menggunakan teknologi ICT terutamaya yang melibatan internet. Memandangkan beliau minat untuk berniaga dan mempunyai kemahiran membuat kek gulung dan kuih tradisional, beliau telah mengikuti program Kelas Asas Usahawan dimana didalam bengkel tersebut beliau belajar teknik mengambil gambar produk yang menarik, aplikasi mengedit gambar, cara mempromosi produk di atas talian dan cara memancing pelanggan untuk membeli produk yang dijual. Yang terbaru Puan Masleha mengikuti kelas Perniagaan atas Talian iaitu Shopee. Oleh yang demikian selepas penglibatan beliau dengan bengkel anjuran Pusat internet, beliau sedikit sebanyak telah mempelajari ilmu keusahawanan dan kini telah mempunyai Platform Perniagaan sendiri di dalam Shopee.

Pengalaman: Lebih 8 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: masyitah ismail (F/B)

Bilangan Pekerja: Tiada

KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

 

Menjual pelbagai produk makanan, keperluan dan kecantikan

Nama Usahawan: PN. SITI ZUBAIDAH BINTI ISHAK

Nama Produk: Menjual pelbagai produk makanan, keperluan dan kecantikan.

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan Usahawan Online 1 Q4 2020 kali ini kami memilih Siti Zubaidah bt Ishak. Lahir pada 27 Jun 1988 di Kedah dan kini berumur 32 Tahun. Beliau dibesarkan di Kuala Rompin Pahang. Telah berkahwin dan kin telah mempunyai 2 orang cahaya mata. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat SPM di sekolah Menengah Kebangsaaan Rompin. Beliau bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai tukang cuci.

Sebelum mengikuti kelas ICT di pusat internet, Puan Siti sering datang ke pusat internet untuk menggunakan perkhidmatan dan mengikuti program yang dianjurkan oleh pusat internet tetapi beliau belum pernah mengikuti kelas latihan ICT yang dijalankan di sini. Mula terlibat dengan kelas ICT selepas beliau memerlukan sijil latihan komputer untuk memohon pekerjaan. Oleh yang demikian, beliau mengikuti kelas di PI Kg Simpang Sepayang. Pengetahuan berkaitan komputer dan internet beliau pada ketika itu di tahap pengetahuan asas. Oleh yang demikian merupakan sebab lain beliau bertekad untuk mengikuti kelas komputer yang disediakan di Pusat Internet Simpang sepayang.

Setelah mengikuti kelas ICT di pusat internet, beliau semakin mahir untuk menggunakan pelbagai aplikasi yang terkandung dalam setiap aplikasi tersebut mengikut modul yang telah diberikan oleh pihak PI. selian memahirkan lagi kepantasan beliau untuk menaip menggunakan format yang telah disediakan. Selain penglibatak dengan kelas asas koputer dan ms office, Puan Siti juga mengikiti kelas keusahwanan sebagai bekalan beliau untuk memulakan perniagaan atas talian. Antara kelas Usahawan yang beliau sertai ialah Asas Perniagaa, Perniagaan Atas Talian (Shopee) dan bengkel photo dan editing gambar. Ilmu yang diperolehi oleh beliau sedikit sebanyak diaplikasikan ke dalam sistem perniagaan beliau agar lebih meluas dan sistematik sekaligus membantu beliau meningkatkan taraf ekonomi keluarga beliau.

Pengalaman: Lebih 5 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 01111339488

Bilangan Pekerja: Tiada