KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

Menjual pelbagai produk makanan kering dan basah serta kuih tradisional

Nama Usahawan: PN. MASLIHA BINTI ISMAIL

Nama Produk: Menjual pelbagai produk makanan kering dan basah serta kuih tradisional

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kali ini bagi Usahawan Online Q1 2021 Pi simpang Sepayang kami memilih Puan Masleha binti Ismail. Dilahirkan Di Negeri Selangor pada 24 Oktober 1968 dan kini berusia 53 Tahun. Puan Masleha binti Ismail atau nama samaran Puan Masleha merupakan suri rumah dan mempunyai 3 orang cahaya mata yang telah meningkat dewasa. Beliau berpindah dan menetap di Kuala Rompin Pahang sejak berkahwin. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil Pelajaran Malayisia (SPM). Beliau mempunyai minat dan kebolehan dalam menghasilkan kuih tradisional resepi turun temurun menjadikan beliau  kini mula berjinak-jinak dalam bidang pernigaan penjualan Produk Kuih trasinonal.

Memandangkan pada zaman persekolahan  kemudahan dan penggunaan ICT pada ketika itu tidak terlalu meluas. Teknologi pada ketika itu juga tidak semoden zaman sekarang. Ditambah pula dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dan taraf pendidikan hanya di peringkat SPM, taraf pendidikan dan pengetahuan ICT beliau pada ketika itu boleh dikategorikan sebagai sifar. Namun semenjak anak-anak beliau meningkat dewasa Puan Masleha mula berjinak-jinak menggunakan peralatan teknologi iaitu telefon pintar yang mana pada ketika itu beliau hanya belajar daripada anak-anak. Bermula dari situ beliau sedikit sebanyak mula menggunakan beberapa platform media sosial seperti Facebook, instagram dan Whatapp.Namun penggunaan dan pengetahuan ketika itu hanyalah di peringkat pengetahuan asas penggunaan dan sederhana  mahir.

Bermula dengan penglibatan program bersama anjuran pusat internet membuka ruang dan peluang kepada beliau untuk lebih mendalami ilmu ICT. Memandangkan di Pusat Internet ada menawarkan program Bengkel ICT yang tebuka kepada pelbagai peringkat umur, menjadikan beliau berminat untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan. Bermula dengan Kursus asas pengetahuan ICT beliau mula mempelajari cara menggunakan komputer, dan cara penjagaan komputer. Seterusnya bengkel Advolasi menjadikan beliau lebih berhati-hati dalam menggunakan teknologi ICT terutamaya yang melibatan internet. Memandangkan beliau minat untuk berniaga dan mempunyai kemahiran membuat kek gulung dan kuih tradisional, beliau telah mengikuti program Kelas Asas Usahawan dimana didalam bengkel tersebut beliau belajar teknik mengambil gambar produk yang menarik, aplikasi mengedit gambar, cara mempromosi produk di atas talian dan cara memancing pelanggan untuk membeli produk yang dijual. Yang terbaru Puan Masleha mengikuti kelas Perniagaan atas Talian iaitu Shopee. Oleh yang demikian selepas penglibatan beliau dengan bengkel anjuran Pusat internet, beliau sedikit sebanyak telah mempelajari ilmu keusahawanan dan kini telah mempunyai Platform Perniagaan sendiri di dalam Shopee.

Pengalaman: Lebih 8 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: masyitah ismail (F/B)

Bilangan Pekerja: Tiada