KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

Perkhidmatan sewaan bot fiber dan enjin 5hp

Nama Usahawan: Pn. Nokamilah binti Mat Saman

Nama Produk: Perkhidmatan sewaan bot fiber dan enjin 5hp

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 Q4 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet yang telah lama menggunakan perkhidmatan di pusat internet seperti perkhidmatan Photostat dan menaip sejak tahun 2016. Beliau adalah Puan Norkamilah binti Mat Saman. Ibu kepada 3 orang cahaya mata ini merupakan anak kelahiran Pahang. Pn Norkamilah atau lebih mesra di panggil Puan Milah dan suami telah mengusahakan perkhidmatan sewaan bot fiber dan enjin 5hp khas utk memancing yang diberi nama PMS jenggo hunter.

Sebelum melibatkan diri dengan bengkel komputer anjuran pusat internet, Puan Milah hanya pandai menggunakan media sosial yang asas sahaja. Selain itu, beliau juga hanya menggunakan telefon pintar sebagai media sosial untuk beliau mempromosikan perkhidmatan beliau. Oleh yang demikian, beliau telah datang ke Pusat internet untuk belajar dan mengikuti kelas keusahawanan bagi memantapkan lagi dan mempromosikan perkhidmatan beliau. Sebelum ini beliau hanya datang ke pusat internet jika ada keperluan dan tururt serta jika ada program-program yang dianjurkan oleh pusat internet sahaja.

Penglibatan Puan Milah dengan pusat internet dalam program keusahawanan sedikit sebanyak telah memberikan beliau ilmu dan pendedahan bagaimana untuk mempromosikan lagi perkhidmtana beliau luar dari daerah Rompin dan jika boleh beliau inginkan semakin ramai yang datang menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh beliau dan suami. Selain daripada latihan dan bengkel keusahawanan Facebook, kini beliau juga turut mengambil peluang untuk mengikuti bengkel Shopee anjuran Pusat internet bagi menambah lagi ilmu dan melebarkan sayap dalam dunia perniagaan.

Pengalaman: Lebih 8 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan 

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 019-9681734

Bilangan Pekerja: 1 Orang