KATEGORI

MAKLUMAT USAHAWAN

MENJUAL PELBAGAI JENIS PRODUK SEPERTI TUPPERWARE, PRODUK KESIHATAN DAN MAKANAN

Nama Usahawan: Pn. Hanim Afzan binti Abd Rahim

Nama Produk: Menjual pelbagai jenis produk seperti tupperware, produk kesihatan dan makanan. 

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: 

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online untuk Q2 2020 kali ini kami memilih Puan Hanim Afzan binti abd Rahim. Lahir pada 26 Februari 1979 di Mersing dan kini berumur 41 Tahun. Beliau dibesarkan di Kuala Rompin Pahang dan mula menetap di Kampung simpang semenjak berkahwin iaitu pada tahun 2008. Beliau merupakan seorang isteri dan ibu kepada 6 orang cahaya mata. Sebelum ini beliau merupakan suri rumah sepenuh masa dan sedang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menjual pelbagai produk seperti egen Tuperware, menjual produk Kesihatan dan Makanan. .Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia di sekolah menengah Kebangsaan Rompin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Tahap pengetahuan ICT Puan Hanim sebelum penglibatan dengan kelas ICT boleh dikatakan pada ketika itu adalah sifar. Beliau tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini apatah lagi menggunkan internet. Sebelum beliau mempelajari ICT di pusat internet, beliau tidak bekerja dan merupakan suri rumah sepenuh masa. Punca pendapatan beliau sekeluarga hanya bergantung kepada suaminya yang menerima upah kerja-kerja pembinaan. Ekoran daripada peningkatan kos sara hidup, beliau membuat keputusan untuk membantu suaminya menambah punca pendapatan. Oleh yang demikian beliau mula berniaga kecil-kecilan menjual makanan dengan meletakkan di  beberapa kedai di sekitar kampung sepayang termasuklah di pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas penglibatan dengan pusat internet beliau mula menjadikan internet sebagai platform untuk beliau berniaga. Beliau mula mencari resepi-resepi masakan dan mencari idea produk yang boleh dijadikan jualan Beliau juga mula mempromosi dan meletakan produk beliau di platform facebook, whatapp dan my shop. Kaedah ini sedikit sebanyak membantu beliau meluaskan lagi produk yang beliau jual yang mana tidak tertumpu hanya kepada kenalan rapat sahaja. Kaedah ini juga memudahkan kerja beliau untuk menarik lebih ramai pelanggan dan menerima tempahan Sejak meletakkan produk jualan beliau di atas talian, banyak produk beliau laris terjual. Antara produk yang menjadi kegemaran pelanggan ialah kek lapis serawak dan produk Tuperware. Ini sedikit sebanyak dapat membantu suami beliau menambah punca pendapat keluarga.

Pengalaman: Lebih 3 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan

Nama Syarikat/Pengusaha: -

No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 016-7666477

Bilangan Pekerja: Tiada